Tarikh       :14 September 2018

Masa        :9.00 am - 5.30 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta     :120 Orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti, Keahlian Pusat Internet, Advokasi (KDB, Mobile E-Waste, Sebenarnya.My), Pemeriksaan Kesihatan dan Bengkel Business Online.

Aktiviti

Program ini mendapat sambutan hangat dan berlansung dengan jayanya yang disertai seramai 120 orang peserta. Selain itu, promosi keahlian secara percuma dan pemeriksaan kesihatan secara percuma juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Peserta juga, diberi taklimat Advokasi (KDB, Mobile E-Waste, Sebenarnya.my), Dashboard Komuniti yang merangkumi modul My Shop dan Bengkel Business Online. Peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti Kuiz Kahoot Advokasi, Kuiz Dashboard Komuniti, Jigsaw Puzzle, Kerusi Muzik, Pertandingan Ratu/Raja Cilik dan Kraftangan  Hari Malaysia. Agensi - Agensi Kerajaan dan Swasta juga telah menyertai program ini dengan membuat pameran iaitu AADK, Pejabat Kesihatan Pendang dan juga Syarikat Environment Idaman Sdn.Bhd.

Gambar Disini