hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Sekian. Harap maklum.


KLINIK DESA BUKIT JENUN

Klinik Desa Bukit Jenun mula dibuka pada tahun 1967. Klinik yang terletak berhampiran Perpustakaan Desa Bukit Jenun ini dibawah seliaan Pusat Kesihatan Daerah Pendang. Jarak kampung yang terdekat dengan Klinik Desa ini hanya 2 kilometer. Klinik ini beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 4.45 petang. Program- program yang dijalankan adalah klinik ibu mengandung iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Manakala pada hari Isnin dan Selasa pula klinik ini memberi perkhidmatan untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai “Klinik Kanak-kanak”.

Terdapat 3 orang jururawat masyarakat dan seorang bidan terlatih yang berkhidmat di sini. Purata pesakit yang menerima perkhidmatan di sini seramai 45 orang. Perkhidmatan yang diberikan di Klinik Desa ini termasuklah perancang keluarga, postnatal dan pap smear.

Gambar 1: Klinik Desa Bukit Jenun.

Gambar 1: Klinik Desa Bukit Jenun.