• TAMAN REKREASI BUKIT JENUN

 

Di Kampung Bukit Jenun juga terdapat Taman Rekreasi yang terletak bersebelahan dengan Klinik Desa. Taman ini digunakan oleh penduduk setempat untuk mengadakan aktiviti beriadah bersama keluarga. Antara kemudahan yang terdapat di taman tersebut ialah taman permainan untuk kanak-kanak.

 

  • Gambar 1: Taman Rekreasi Bukit Jenun.

 

  • PERPUSTAKAN DESA BUKIT JENUN

 

  • Perpustakaan Desa Bukit Jenun terletak bersebelah dengan Klinik Desa. Perpustakaan ini dibina untuk memberikan kemudahan kepada penduduk setempat untuk meminjam buku sebagai bahan rujukan. Di samping itu, perpustakan ini juga menyediakan 2 buah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet yang dapat digunakan olek penduduk setempat untuk mencari maklumat melalui internet.

 

  • Gambar 2: Perpustakaan Desa Bukit jenun.
  • MASJID

 

  • Terdapat dua buah masjid yang terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Jenun iaitu Masjid An-Nur Kampung Tanjung Setol dan Masjid Kampung Ayer Puteh.
  •  
  • Gambar 3: Masjid Kampung Ayer Puteh
  • LOJI PEMBERSIHAN AIR
  •  
  • Di Kampung Bukit Jenun juga terdapat kemudahan loji pembersihan air yang digunakan oleh SADA untuk memproses air kumbahan menjadi air bersih. Air bersih ini kemudiannya akan dibekalkan kepada penduduk sekitar Bukit Jenun .
  • Gambar 4: Loji Pembersihan Air Bukit Jenun.

 

  • HOSPITAL PENDANG(HOPE)
  •  
  • Hospital ini mula beroperasi pada 15 Februari 2023 dengan 11 bidang kepakaran seperti Kecemasan, Orthopedik, Perubatan Am, Anestesiologi, Pembedahanan Am, Radiologi, Obstetrik dan Ginekologi, Patologi, Paediatrik dan Psikiatri.  Hospital ini akan dilengkapkan dengan satu unit mesin CT Scan bagi membolehkan proses diagnostik dan rawatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa memerlukan pesakit dirujuk ke hospital-hospital pakar major dan untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM4.5 juta bagi melaksanakan perolehan mesin tersebut pada tahun ini. Hospital pendang ini terletak dibandar pendang.

  • Gambar 5: Hospital Pendang(HOPE).