Terdapat beberapa destinasi yang menarik yang boleh dijadikan tarikan pelancong. Tempat pelancongan ini mempunyai daya tarikan seperti tasik, air terjun, keunikan flora dan fauna serta hidupan liar. Di antara destinasi pelancongan yang terdapat di daerah Pendang ialah Pendang Lake Resort dan Rimba Rekreasi Bukit Perak.

 1. PENDANG LAKE RESORT

Pendang Lake Resort adalah salah satu tempat perlancongan yang terkenal di daerah Pendang. Pendang Lake Resort juga merupakan pusat latihan yang terletak di kawasan Pekan Pendang dan berdekatan dengan Kolam MADA Pendang. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 30 ekar, di mana 20 ekar adalah tasik buatan manusia dan 10 ekar adalah kemudahan kawasan rekreasi.

Pendang Lake Resort dahulunya dikenali sebagai Rumah Rehat Pendang yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Daerah Pendang. Tetapi bermula dari 1 Mac 2004, pusat peranginan dan latihan ini telah diuruskan oleh Wasilah Bumi (m) Sdn. Bhd. Pendang Lake Resort menghidangkan kepada para pelancong dengan persekitaran yang menyegarkan, pemandangan yang cantik dan indah. Pendang Lake Resort menawarkan kemudahan yang menarik seperti bilik, dewan mesyuarat, dewan makan, trek halangan komando, flying fox, trek senaman dan banyak lagi.

 

                    

                                                      Gambar: Pemandangan menarik di Pendang Lake Resort.

(Sumber:Portal Rasmi Majlis Daerah Pendang, http://www.mdpendang.gov.my dan Portal Pendang Lake Resort, http://pendanglakeresort.com)

 

 2. PENDANG WATERFRONT

        Pendang Waterfront yang terletak berhampiran Pendang Lake Resort di Pekan Pendang kini menjadi tempat tumpuan orang ramai berikutan tarikan kolam renang kanak-kanak yang hanya mengenakan bayaran RM3 seorang.Pusat riadah ini terbuka kepada semua golongan setiap hari bermula jam 3 petang sehingga 10 malam kecuali Isnin.Pada hari cuti umum dan cuti sekolah, ia dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pendang Watefront yang dibuka sejak 10 Disember 2016 lalu turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti ruang menunggu kanak-kanak bermain kolam, kios pelbagai makanan, surau dan juga tandas.Selain itu, Pendang Waterfront turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain seperti permainan buih, bot kayuh di tasik berhampiran, berbasikal dan motosikal serta kereta elektronik untuk kanak-kanak.
Golongan kanak-kanak 12 tahun kebawah sahaja dapat mandi-manda di dalam kolam tersebut.Pusat riadah ini mempunyai 15 kios yang menyediakan pelbagai menu makanan dengan harga yang berpatutan. Bagi satu masa, kolam ini mampu memuatkan 100 kanak-kanak.Keluasan kolam 80x20 ini mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan sasarkan sifar risiko lemas kerana tapaknya yang mendatar.
 
                             
                             
                              Gambar: Pemandangan kolam dan aktivti berbasikal di Pendang Waterfront
                                            (Sumber:https://www.facebook.com/uptownpendang/)
 

3. RIMBA REKREASI BUKIT PERAK

Rimba Rekreasi Bukit Perak ialah pusat peranginan air terjun yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan. Rimba Rekreasi Bukit Perak mempunyai banyak kemudahan asas iaitu tempat letak kenderaan, jalan bertar, tempat istirehat sekeluarga untuk berkelah dan juga kemudahan tandas awam. Di Rimba Rekreasi Bukit Perak juga terdapat dua laluan untuk naik ke paras bukit iaitu laluan bertangga dan juga laluan bukit.

Antara keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit Perak ialah mempunyai tempat yang lapang, sesuai untuk mandi- manda dengan air yang sejuk dari bukit dan air terjun yang selamat. Antara aktiviti yang sering dilakukan di Rimba Rekreasi Bukit perak ialah aktiviti berbasikal mendaki bukit, perkhemahan, merentas desa dan lain-lain.

              

                                            Gambar: Pemandangan di Rimba Rekreasi Bukit Perak.

                            (Sumber: Portal Rasmi Majlis Daerah Pendang, http://www.mdpendang.gov.my)

4. Pendang Equestrian Centre

 

                      Pendang Equestrian Centre yang terletak berhampiran Pendang Lake Resort di Pekan Pendang kini menjadi tempat tumpuan orang ramai.Pendang Equestrian Centre ini ialah tempat yang terbaik untuk beriadah.Selain melakukan aktiviti berjogging di kolam mada penduduk setempat juga dapat melakukan aktiviti riadah berkuda.

              Sambutan penduduk pendang terutamanya kanak2 yg teruja dgn adanya aktiviti riadah berkuda di Taman teratai tempat stable sementara PEC.buat sementara stable ini memuatkan 6 ekor kuda dan akan ditambah setelah siapnya stable rasmi PEC di kawasan rekreasi Pendang Lake Resort.

 

 Gambar: Pemandangan Pendang Equestrian Centre

5. Pasar Kemboja Pendang

                   Pasar Kemboja adalah bazar membeli-belah yang terkenal kerana harga barangan yang sangat murah. Ia adalah pasar mingguan dan barangan yang dijual kebanyakannya ialah pakaian lelaki dan wanita. Ia digelar Pasar Kemboja kerana peniaga yang menjual barangan adalah orang Kemboja (tidak semua).      

                 Pasar Kemboja Pendang terletak di tengah pekan Pendang, Kedah. Lebih terperinci lagi, lokasinya terletak di padang letak kereta Pendang Lake Resort iaitu dibelakang Petronas pekan Pendang. Ia juga bersebelahan dengan Stesen bas Pendang. Jika anda keluar dari Lebuhraya PLUS melalui susur keluar Pendang, anda akan jumpa Pasar Kemboja ini dahulu sebaik tiba di pekan Pendang. Anda akan mengetahui dengan sendirinya kerana banyaknya kereta yang bergerak perlahan mencari dimana boleh meletak kenderaan mereka.

                     Pasar ini dibuka setiap hari Jumaat seawal jam 6 pagi.

 Gambar: Pemandangan Pasar Kemboja Pendang