Profil kawasan  Bukit JenuN

Profil kawasan Bukit Jenun, Mukim Ayer Puteh disediakan untuk memberi maklumat tentang latar belakang kawasan, penduduk, dan kemudahan yang ada disekitar Bukit Jenun bagi membantu kecemerlangan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), agar terus maju dan berkembang. Secara amnya skop tugasan yang diberikan hanya merangkumi sekitar Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

 

LOKASI KAMPUNG  BUKIT JENUN

Bukit Jenun merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Pendang. Ia juga terletak di dalam mukim Ayer Puteh. Mukim Ayer Puteh adalah salah satu mukim dari lapan mukim yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Pendang. Mukim Ayer Puteh adalah salah satu mukim yang terbesar berbanding dengan mukim yang lain dalam Daerah Pendang. Kampung-Kampung yang terletak berhampiran dengan Bukit Jenun ialah Kampung Tanjong Setol, Kampung Titi Lengkok, Kampung Kilang Besar, Kampung Kilang Kecil, Kampung Banggol Sanai, Kampung Pokok Tai dan lain-lain. Dalam kiraan longitude dan latitude Bukit Jenun terletak dalam bacaan 5.8968°N 100.4815°E

 Gambar: Peta lokasi Bukit JenunGambar: Peta lokasi Bukit Jenun