Tarikh       :19 Januari  2019

Masa        :8.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Bukit Jenun

Peserta    :92 Orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung,agensi,JKKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihtan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pemeriksaan Kesihatan (MyHealth) iaitu memperkenalkan alatan tekanan darah dan glukosa kepada komuniti. Senamrobik juga diadakan bagi memeriahkan Program Jom Sihat. Selain itu, Program Jom Berus Gigi juga diadakan bagi menunjukkan cara memberus gigi dengan betul oleh Klinik Pergigian Pendang. Muat Turun aplikasi dashboard juga diperkenalkan bagi mempromosikan aplikasi dashboard komuniti.

Seterusnya, pertandingan mewarna poster bersukan untuk kesihatan juga diadakan bagi memeriahkan lagi program. Taklimat Modul My Place, My Komuniti dan My Shop  juga diadakan bagi memperkenalkan kepada komuniti modul yang terdapat di dalam dashboard. Selain itu, Taklimat Advokasi (Maklumat Palsu dan Portal Sebenarnya.my) juga di perkenalkan bagi mempromosikan portal Sebenar.my dan memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

Seterusnya, Taklimat Kempen Anti Merokok dan Anti Dadah juga diadakan bagi mempromosikan Kempen Anti Merokok dan Anti Dadah oleh Ketua Balai Polis Pekan Bukit Jenun. Pemeriksaan gigi juga diadakan bagi memeriahkan lagi Progam Jom Sihat oleh Klinik Pergigian Pendang. Di samping itu, terdapat juga pameran pergigian dan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang dan Klinik Pergigian Pendang.

Selain itu, Aktiviti sampingan yang diadakan bagi memeriahkan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Pekan Bukit Jenun ialah cabutan bertuah, kuiz kesihatan online, pertandingan My Komunti, Kuiz Advokasi (Maklumat Palsu) dan pertandingan jigsaw puzzle online.

Gambar Disini