Tarikh : 23 Feb 2019 Masa : 9.00 am - 1.00 pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Korok Peserta : 53 Orang |
Tujuan
Tujuan program jom sihat bersama Pusat Internet (PI) Sg.Korok adalah bagi menjadikan pusat internet sebagai sebuat pusat komuniti sihat dimana komuniti-kamoniti boleh mendapatkan pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah secara percuma di Pusat Internet. Program ini juga mendapat kerjasama dengan Klinik Pergigian pendang. Selain itu juga, program ini juga bagi merapatkan jurang komuniti dan pusat internet dan bagi mewujudkan komuniti mesra ICT.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan (tekanan darah & gula dalam darah),senamrobik bersama komuniti setempat dan aktiviti berus gigi beramai-ramai dengan cara yang betul bersama kanak-kanak oleh staff Klinik Pergigian Pendang serta aktiviti mewarna poster Jom sihat dan muat turun aplikasi dashboard.Selain itu,Taklimat modul Myplace, Mykomuniti dan Myshop kepada komuniti yang hadir serta Cabutan bertuah turut diadakan.Pertandingan makanan sihat (sandwich) dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.