Tarikh : 4 Mac 2019 Masa : 10.00 am - 1.00 pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta : Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan Microsoft Office Word 2010 dan memahirkan diri dengan aplikasi ini.
Aktiviti
Petugas telah memberikan tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Office Word 2010 dan menerangkan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word 2010. Setelah peserta memahami apa yang telah diterangkan oleh petugas, beliau menjalankan tugasnya untuk menyelesai surat jemputan tersebut.