|
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti, Keahlian Pusat Internet, Advokasi (Mobile E-Waste dan Portal Sebenarnya.My), Pemeriksaan Kesihatan dan Taklimat Kesihatan.
Aktiviti
Program ini mendapat sambutan hangat dan berlansung dengan jayanya yang disertai seramai 169 orang peserta. Selain itu, promosi keahlian secara percuma dan pemeriksaan kesihatan secara percuma juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Peserta juga, diberi taklimat Advokasi (Mobile E-Waste dan Sebenarnya.my), Dashboard Komuniti yang merangkumi modul MyShop,MyPlace dan MyKomuniti. Peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti Kuiz Kahoot Advokasi,Quizizz Online, Kerusi Muzik kanak-kanak dan dewasa, Pertandingan Video Terbaik bertemakan Teknologi memacu negara, Mewarna Dashboard komuniti membangun bersama teknologi dan Pertandingan Origami Kreatif Melalui Youtube. Agensi - Agensi Kerajaan dan Swasta juga telah menyertai program ini dengan membuat pameran iaitu KWSP,PTPTN,LHDN,NKF.Hayati Optometrist Sdn Bhd,TM dan Ar-Rahnu Yapeim.
Disamping itu, Sekolah yang berdekatan dengan Pusat Internet juga dijemput bagi memeriahkan Hari Besama iaitu Tadika Kemas Bukit Jenun, Sek.Keb.Bukit Jenun, Sek.Keb. Bukit Genting dan Sek. Men. Keb. Ayer Puteh Dalam.Sekolah yang berdekatan telah menghantar wakil pelajar mereka bagi memeriahkan lagi Hari Bersama Komuniti.Selain itu, Taklimat kesihatan juga telah di berikan oleh wakil pegawai Yayasan Buah Pinggang (NKF) bagi memeriahkan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Pekan Bukit Jenun.