Tarikh       :3 Februari 2020

Masa        :2.00 pm - 6.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :18 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan memudahkan mereka untuk melakukan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh guru sekolah mereka.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Office Word. Seterusnya petugas menunjukkan cara untuk memasukkan gambar, carta dan membuat jadual menggunakan Microsoft Office Word. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Word.