Tarikh :27 Februari 2020 Masa :2.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :2 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Microsoft OneNote kepada pelajar. Microsoft OneNote adalah aplikasi Office yang berfungsi seperti buku catatan. Di dalam aplikasi ini kita boleh menulis, menggambar, memasukkan objek, menampilkan screenshot, dan berkongsi dengan rakan-rakan melalui internet.
Aktiviti
- Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft OneNote. Seterusnya petugas menunjukkan cara membuat buku catatan mengenai diri pelajar yang mempunyai topik seperti hobi dan tempat perlancongan yang pernah dilawati mereka. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk membuat buku catatan mengenai mata pelajaran di sekolah seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.