Tarikh :5 Mac 2020 Masa :8.00 am - 12.00 pm Lokasi :Pejabat Kesihatan Daerah Pendang Peserta :36 Orang |
Tujuan
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada staff - staff Pejabat Kesihatan Daerah Pendang tentang kempen Keselamatan Dan Kewaspadaan Pengguna Internet.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan mengenai Mobile E- Waste, Maklumat Palsu, Jenayah Siber dan juga Scam Alert. Petugas memberikan penerangan tentang bahayanya menyimpan telefon rosak dan bahayanya menyebarkan maklumat palsu yang tidak tahu kesahihannya. Petugas juga menerangkan tentang jenayah siber yang semakin berleluasa dan juga memberikan pendedahan mengenai scam kepada peserta. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah Quizizz Online, Whisper Your Wish, Who Wants to Be A Millionare dan juga Kuiz Spontan.