Tarikh :11 November 2017 Masa :10.00 Pg - 1.00 Ptg Lokasi :PI1M Pekan Bukit Jenun Peserta :10 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan sofware Adobephotoshop
Aktiviti
Pelajar diajar oleh petugas cara menghasilkan asas animasi dengan menggunakan software adobephotoshop.Antara animasi yang dihasilkan oleh pelajar ialah animasi kereta bergerak dan harimau berjalan.
Tarikh :9 November 2017 Masa :2.00 Ptg - 5.00 Ptg Lokasi :PI1M Pekan Bukit Jenun Peserta :10 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menghasilkan Brochure dan Flyers.
Aktiviti
Pelajar diajar oleh petugas untuk menghasilkan brouche dan flyers.Petugas juga memberi latihan supaya pelajar dapat menghasilkan brouche dan flyers yang menarik.
Tarikh :4 November 2017 Masa :10.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari Lokasi :PI1M Pekan Bukit Jenun Peserta :10 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti cara penghasilan video.
Aktiviti
Peserta diajar cara memasukkan dan menggabungkan video ke dalam software movie maker.Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara memasukkan lagu dan teks untuk mencantikkan lagi video peserta.Petugas juga menerangkan fungsi - fungsi yang ada di dalam software movie maker. Peserta juga diajar cara mencantik video mereka dengan memasukkan animations.Akhir sekali,peserta diajar cara menyimpan video mereka di dalam .mp4
Tarikh :8 November 2017 Masa :3.00 Ptg - 5.00 Ptg Lokasi :PI1M Pekan Bukit Jenun Peserta :10 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahayanya Online Grooming.
Aktiviti
Tujuan kelas Klik Dengan Bijak – Online Grooming ini diperkenalkan kepada pelajar adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bahayanya online grooming dan sexting.Kelas ini juga dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko – risiko yang mungkin akan dihadapi oleh mereka khususnya di bawah umur. Ini kerana kebanyakkan kes yang melibatkan online grooming dan sexting ini adalah daripada kalangan pelajar.
Tarikh :2 November 2017 Masa :9.00 Pagi - 2.00 Petang Lokasi :Universiti Malaysia Perlis Peserta :120 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan KDB (Online Grooming) dan Dashboard PI1M kepada siswa dan siswi UniMAP yang merangkumi modul-modul seperti My Health dan My Komuniti. Di samping itu, kami juga memperomosikan keahlian PI1M dan Mobile E- Waste.
Aktiviti
Taklimat Online Grooming telah diberikan kepada peserta dan promosi keahlian PI1M telah dijalankan.Setelah selesai memberi taklimat petugas mempromosikan Dashboard PI1M kepada peserta.Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan bagi memeriahkan program dengan adanya aktiviti yang berkaitan dengan dashboard dan KDB seperti Kahoot dan Dam Ular. Selain itu, petugas juga mempromosikan tentang bahayanya menyimpan telefon rosak sempena mempromosikan mobile E – Waste.