BALAI POLIS BUKIT JENUN
- Balai Polis Bukit Jenun dirasmikan pada tahun 1982 oleh YDH Tan Sri Hanif bin Omar yang ketika itu menjawat jawatan sebagai ketua Polis Negara. Keduduakn Balai Polis ini berhampiran dengan Pekan Bukit Jenun dan kedudukannya yang strategik. Balai Polis ini mempunyai keluasan kawasan pentadbiran 70 batu persegi dan keluasan tanah di Balai sebanyak 4 relong 3 hektar dibahagian utara bersempadan kawasan Pendang.
- Sebanyak 46 buah kampung dibawah kawalan Balai Polis Bukit Jenun. Manakala bilangan sekolah pula sebanyak 9 buah yang berada dibawah kawalan Balai Polis ini. Bagi tempat beribadat untuk orang Islam sebanyak 4 buah masjid, bagi agama Hindu sebanyak 2 kuil dibawah kawalan Balai Polis Bukit Jenun. Manakala klinik bidan dibawah kawalan Balai Polis Bukit Jenun sebanyak 3 buah. Balai Polis ini sentiasa mengawal dan membuat pemantauan daripada semasa ke semasa bagi menjamin kesejahteraan dan membendung kegiatan jenayah untuk penduduk setempat.
Gambar 1: Balai Polis Bukit Jenun