1.USAHAWAN IKAN PEKASAM BONDA

Nama: Mimi Binti Abu Hassan

Umur : 47 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar belakang

Puan Mimi merupakan seorang usahawan yang menjual ikan pekasam yang dinamakan sebagai Ikan Pekasam Bonda. Ikan pekasam ini dirumus khas secara traditional daripada resepi turun-temurun keluarga Puan Mimi.  Puan Mimi menggunakan ikan darat seperti puyu, ikan air tawar seperti lampam jawa,  sepat padi, sepat siam dan ikan tilapia. Ikan pekasam ini diproses sendiri oleh Puan Mimi dan hanya sekali sekala di bantu oleh suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pada  mulanya Puan Mimi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dengan menjual Ikan Pekasam Bonda kepada penduduk di sekitar Bukit Jenun dan Pekan Pendang sahaja. Setelah produknya ini mula dikenali ramai dengan hasil air tangan beliau sendiri telah menerima tempahan dari luar kawasan Pendang. Beliau mula terfikir untuk mempromosikan produk ini hingga ke seluruh Malaysia. Cita-cita Puan Mimi ialah untuk melihat produknya setanding dengan produk-produk ikan pekasam yang sedia ada di pasaran. Beliau mengambil inisiatif untuk  mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun bagi menambah ilmu pemasaran perniagaan secara di atas talian. Beliau telah mengikuti kelas membuat akaun email dan facebook untuk memudahkan beliau mempromosikan produk ikan pekasamnya ke seluruh Malaysia. Beliau juga telah belajar untuk membuat website dan juga blog serta mengikuti kelas membuat logo, brochure, flyers dan lain-lain bagi menambahkan ilmu ICT.

Selain dari facebook sebagai tapak mempromosikan produk, beliau juga telah diperkenalkan dengan aplikasi dashboard My Shop. Aplikasi My Shop ini merupakan tapak bagi usahawan yang baru berjinak-jinak untuk berniaga secara di atas talian mempromosikan produk mereka. Puan Mimi telah berjaya memasukkan produk beliau di dalam aplikasi My Shop dengan bantuan petugas Pusat Internet Pekan Bukit Jenun. Beliau berharap dengan adanya facebook dan My Shop produk Ikan Pekasam Bonda akan mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pelanggan dari seluruh Malaysia. Beliau juga berharap suatu hari nanti dengan bertambahnya pendapatan beliau akan dapat membuat pembungkusan dan penjenamaan untuk produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada mulanya Puan Mimi memulakan perniagaan ini dengan hanya menjual produk ikan pekasam ini kepada kenalan, kawan, keluarga dan jiran-jiran di sekitar Bukit Jenun sahaja. Kemudian beliau mula mendapat perhatian dari pelanggan-pelangan dari kawasan Pendang setelah pelanggannya yang sebelum ini berpuas hati dengan rasa ikan pekasam yang dihasilkannya sendiri sangat sedap dan mempromosikan produk beliau kepada kawan-kawan dan kenalan-kenalan mereka. Tetapi beliau belum berpuas hati kerana cita-cita beliau adalah ingin produknya dikenali sehingga ke seluruh Malaysia. Oleh itu, beliau harus memikirkan cara untuk mempromosikan Ikan Pekasam Bonda supaya dikenali ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook sendiri bagi memasukkan gambar-gambar produk Ikan Pekasam Bonda. Setelah memaparkan produknya di laman facebook, produk beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dan beliau mula menerima tempahan dari pelanggan yang tinggal di luar kawasan Kedah seperti Perlis, Perak dan juga Pulau Pinang.

Petugas Pusat Internet juga telah memperkenalkan aplikasi dashboard My Shop kepada beliau untuk mengembangkan lagi perniagaannya ini. Di dalam Aplikasi My Shop ini beliau telah mengiklankan produknya dan semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat produk tersebut. Beliau berharap dengan penggunaan facebook dan aplikasi My Shop ini produk beliau akan mendapat perhatian dari seluruh Malaysia dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

 

mimi

 


2.USAHAWAN JUS DURIAN BELANDA ASLI

Nama: Rusmida Binti Shariff

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar belakang

Puan Rusmida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan seorang usahawan jus durian belanda. Beliau menerima tempahan jus buah durian belanda ini daripada pekerja kilang di Gurun, rakan-rakan sekerja suaminya, kenalan-kenalan beliau dan penduduk di sekitar Pendang dan Alor Setar. Beliau memproses jus durian belanda ini di rumah beliau sendiri. Perniagaan ini telah diusahakan bersama-sama dengan suami beliau. Suami Puan Rusmida bekerja di Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. Alor Setar yang banyak membantunya dalam mengembangkan dan memasarkan produk ini kepada rakan-rakan sekerjanya. Suaminya merupakan penasihat kepada perniagaan beliau dan sentiasa memberikan semangat untuk meneruskan perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Suaminya mencadangkan beliau untuk mengikuti kelas dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet untuk memantapkan lagi ilmu pemasaran perniagaan. Beliau telah menyertai kelas membuat Email, Facebook dan Blog sebagai tapak untuk mempromosikan produk beliau. Aplikasi dashboard My Shop juga telah diperkenalkan kepada beliau dan petugas Pusat Internet telah membantu menunjukkan cara untuk memasukkan maklumat produk beliau di dalam aplikasi tersebut. Portal My Shop ini merupakan medan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak untuk berniaga di atas talian bagi mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia. Pendapatan beliau semakin bertambah setelah memulakan perniagaan di atas talian. Dengan penggunaan Facebook dan Portal My Shop ini beliau berharap produk Jus Durian Belanda Asli ini mendapat sambutan hingga ke peringkat antarabangsa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada mulanya beliau memulakan perniagaan ini dengan hanya menjual di rumah dan meletakkan produk jus ini di kedai makan ayahnya yang terletak di Simpang Tiga Bukit Jenun. Kemudian beliau mula meletakkan produk jus belanda ini di kedai-kedai runcit di sekitar Bukit Jenun dan Pekan Pendang. Produk ini  mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan. Pendapatan beliau semakin bertambah dan bolehlah untuk membantu suami menampung perbelanjaan harian keluarga. Tetapi beliau tidak hanya berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau perlu mencari peluang yang lebih luas untuk memasarkan produk jus ini ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah produk beliau semakin dikenali dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat tentang keaslian jus durian belanda yang dihasilkan beliau dan setelah jus durian belanda ini telah dikhabarkan dan menjadi tular sebagai agen pencegah kanser dan mengubati penyakit saraf, beliau perlu memikirkan strategi untuk memasarkan produk ini ke seluruh Malaysia. Jadi, beliau mengambil peluang ini dengan mengikuti kelas dan latihan untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas lagi. Dengan mengikuti kelas, produk durian belanda boleh dipromosikan di dalam laman sosial seperti facebook dan juga aplikasi My Shop.

 Beliau telah mengikuti kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet dan telah membangunkan laman facebook bagi perniagaan beliau sendiri. Di dalam laman facebook tersebut beliau telah memasukkan gambar-gambar produk, harga dan juga maklumat produk. Setelah memaparkan produk di laman facebook, produk beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dan beliau mula menerima tempahan dari pelanggan yang tinggal di luar kawasan Kedah seperti Perlis, Perak dan juga Penang.

 Petugas Pusat Internet juga telah memperkenalkan aplikasi dashboard My Shop kepada beliau untuk mengembangkan lagi perniagaan jus durian belanda ini. Di dalam Aplikasi My Shop ini beliau boleh mengiklankan produk beliau dan semua pengguna di Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat produk tersebut. Beliau berharap dengan penggunaan aplikasi My Shop ini produk beliau dapat terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.

 

rusmida

 


 3.CELIK IT

Belajar Asas Komputer, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Latihan Keusahawanan (Website&Blog)

Nama: Nurul Iffah Binti Md Rodzi

Umur : 19 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

Nurul Iffah merupakan pelajar  lepasan STAM yang ingin menghabiskan masa lapangnya dengan melakukan pekara yang berfaedah,Beliau berkunjung ke Pusat Internet Pekan Bukit Jenun untuk mengikuti kelas dan latihan-latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau juga, ingin mendapatkan sijil untuk latihan-latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Petugas menyarankan beliau mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet dan beliau pun bersetuju. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Pekan Bukit Jenun. Selain itu, beliau telah diperkenalkan dengan software Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator bagi meningkatkan penguasaan beliau dalam bidang komputer.

Nurul Iffah memulakan kelasnya dengan Kelas Asas Komputer. Di dalam kelas ini petugas telah menerangkan tentang maksud komputer, sistem komputer, aliran kerja sistem komputer serta perkakasan dan perisian dalam komputer dan kemudian penggunaan komputer dalam kehidupan seharian dan kelebihan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian kita. Beliau  sangat teruja untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer setelah mengikuti kelas ini.

Kelas seterusnya adalah Kelas Microsoft Office. Di dalam kelas ini petugas  telah memberi  latihan menaip, dan diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word.Dengan adanya kelas ini ia dapat membantu meningkatkan kemahiran menaip pelajar.Disamping itu, Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau cara membangunkan website dan blog. Petugas memberi pendedahan kepada beliau cara membangunkan website yang tidak berbayar dan cara membina blog dengan mudah mengikut tutorial yang disediakan.Kini, Nurul Iffah mahir dalam membangunkan website dan blog sendiri.

Nurul Iffah berasa sangat gembira setelah mingikuti kelas tersebut dan ingin terus belajar komputer di Pusat Internet Pekan Bukit Jenun.Beliau telah mengikuti semua kelas yang telah dianjurkan oleh petugas.Disamping itu,petugas juga memperkenal software Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Illustrator kepada beliau. Software ini di perkenalkan bagi memberi pendedahan kepada beliau cara mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi.Petugas telah memberi latihan kepada Nurul Iffah bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop CS6 dan Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti kelas asas komputer dan Microsoft Office ini, beliau tidak berapa mahir dalam menggunakan komputer. Banyak lagi perkara yang beliau perlu pelajari seperti membina email, blog dan laman web sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beliau mengikuti kelas yang dibimbing oleh petugas, beliau telah mahir dalam bidang komputer. Beliau juga telah mahir mencipta blog dan laman web sendiri. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.


nurul iffah