1.USAHAWAN KAPSUL INDAH MALAM

Nama : Zurana Binti Abdul Hamid

Umur  : 36 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Puan Zurana merupakan seorang usahawan yang menjual pil Kapsul Indah Malam yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti halia, manjakani dan sirih. Pil kapsul ini dirumuskan secara tradisional bagi memulihkan bahagian dalaman wanita. Antara khasiat pil kapsul ini ialah mengecutkan rahim, merawat keputihan, merawat angin dalam badan, merawat luka bersalin, mengempiskan perut dan mengurangkan selera makan.

Pada  mulanya Puan Zurana memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dengan menjual Kapsul Indah Malam kepada penduduk di sekitar Bukit Jenun dan Pekan Pendang sahaja. Setelah produk ini mula dikenali ramai beliau telah menerima tempahan dari luar kawasan Pendang. Beliau ingin mempromosikan produk ini sehingga ke seluruh Malaysia dan ingin melihat produk Kapsul Indah Malam ini setanding dengan produk kesihatan yang telah ada di pasaran. Beliau mengambil peluang ini untuk  menjadi ahli dan mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun bagi menambah ilmu yang berkaitan dengan pemasaran perniagaan. Beliau telah mengikuti kelas membuat akaun email dan facebook untuk mempromosikan Kapsul Indah Malam ke seluruh Malaysia. Beliau juga telah belajar untuk membuat website free dari google sites dan juga blog bagi menambahkan promosi ke atas produk Kapsul indah malam ini. Selain itu beliau telah mengikuti kelas membuat brochure, flyers dan lain-lain bagi menambahkan ilmu ICT.

Beliau juga telah diperkenalkan dengan aplikasi dashboard My Shop oleh petugas Pusat Internet. Aplikasi My Shop ini merupakan tapak bagi usahawan yang baru dan yang belum pernah mempromosikan produk mereka secara diatas talian bagi mempromosikan produk mereka. Puan Zurana telah menggunakan aplikasi My Shop dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Dengan adanya Facebook dan My Shop Puan Zurana berharap Kapsul Indah Malam ini akan mendapat perhatian yang lebih menggalakkan daripada pelanggan dari seluruh Malaysia. Beliau berharap dengan mempromosikan produk di atas talian akan membantu menambah pendapatan beliau dan dalam masa yang sama akan dapat meringankan beban suaminya untuk menampung segala perbelanjaan harian keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Zurana mula menjual produk ini dengan hanya menjual produk kepada kenalan, keluarga dan jiran-jiran terdekat sahaja. Kemudian hasil daripada maklum balas yang sangat baik daripada semua produk ini mula mendapat perhatian dan telah dipromosikan secara mulut ke mulut oleh kawan-kawan dan ahli keluarga beliau. Selepas itu produk Kapsul Indah Malam ini telah mendapat perhatian daripada pelanggan dari luar kawasan Pendang dan seluruh negeri Kedah. Tetapi beliau belum berpuas hati kerana beliau ingin melihat produknya dikenali sehingga ke seluruh Malaysia. Seterusnya, beliau harus memikirkan cara untuk mempromosikan Kapsul Indah Malam ini supaya dikenali ramai dan menjadi sebutan di kalangan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun sangat membantu Puan Zurana. Beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook dan telah memasukkan gambar-gambar dan butir produk ke dalam facebook. Ternyata kelebihan facebook sangat membantu beliau dalam mempromosikan produk ini ke seleuruh Malaysia kerana beliau mula mendapat tempahan daripada pelanggan yang berada luar daripada kawasan negeri Kedah.

Aplikasi My Shop juga telah banyak membantu untuk mempromosikan produk ini. Di dalam Aplikasi My Shop beliau telah mengiklankan produk Kapsul Indah Malam ini kepada semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia. Dengan adanya facebook dan My Shop beliau berharap produk ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada pelanggan dari seluruh Malaysia.

 

 


2.USAHAWAN MINUMAN DAN BISKUT RAYA

Nama : Siti Fatihah Binti Baharom

Umur  : 27 Tahun

Ahli     : 2018

 

Latar belakang

Puan Siti Fatihah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan menolong suaminya untuk menambah pendapatan keluarga dengan membuka gerai makanan dan minuman yang menjual minuman seperti ais kacang, lai chee kang dan jus world dan makanan ringan seperti waffle dan biskut raya. Beliau menjadi agen dropship bagi jus world yang mempunyai pelbagai jenis perisa seperti jus nenas, jus kedondong, jus durian belanda, air jagung, jus mangga, jus khatira, greentea dan jus mix barriers.Untuk biskut raya pula beliau menjual biskut seperti semperit, mazola, gajus, oats crunchy, rainbow dan kuih siput. Suaminya banyak membantu beliau untuk membangunkan gerai tersebut. Pada awalnya beliau hanya menjual ais kacang, lai chee kang dan waffle sahaja tetapi atas buah fikiran suaminya mencadangkan beliau menambah pendapatan dengan menjual jus world dan kuih raya. Semakin hari semakin bertambah pelanggan baru ke gerai beliau untuk merasa kesedapan jus world yang dijualnya.

Puan Siti Fatihah merasa belum berpuas hati dengan hanya menjual di gerainya sahaja. Beliau terfikir untuk mengembangkan lagi air jus world dan biskut raya yang dijual ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau mengikuti kelas dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet untuk memantapkan lagi ilmu pemasaran perniagaan. Beliau telah menyertai kelas membuat Email, Facebook dan Blog sebagai tapak untuk mempromosikan produk beliau. Aplikasi dashboard My Shop juga telah diperkenalkan kepada beliau dan telah memasukkan maklumat produk ke dalam aplikasi tersebut. Portal My Shop ini merupakan tapak untuk usahawan yang baru untuk berniaga di atas talian bagi mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia. Air jus world dan biskut raya yang dijualnya mendapat sambutan yang hangat setelah beliau mempromosikan di facebook dan My Shop. Beliau berharap dapat menyembangkan lagi perniagaan ini hingga ke peringkat lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada mulanya beliau memulakan perniagaan ini dengan hanya membuka gerai dan menjual di tepi jalan. Setelah produk ini telah dikenali dan mempunyai pelanggan tetap, pendapatan beliau semakin hari semakin bertambah. Tetapi beliau tidak hanya berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau harus membuat sesuatu untuk menyembangkan lagi perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau perlu mencari peluang yang lebih luas untuk memasarkan produk jus dan biskut raya ini ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah produk yang dijual di gerai beliau semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mengambil peluang ini dengan mengikuti kelas dan latihan untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas lagi. Dengan mengikuti kelas, produk yang dijualnya boleh dipromosikan di dalam facebook dan juga My Shop.

Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan, beliau telah membangunkan laman facebook dan memasukkan gambar-gambar dan butiran produk yang dijualnya. Setelah memaparkan di facebook, produk jus world dan biskut raya beliau mendapat sambutan yang menggalakkan dan beliau mula menerima tempahan dari pelanggan yang tinggal di luar kawasan Kedah.

Puan Siti Fatihah juga telah menggunakan aplikasi dashboard My Shop untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Di dalam aplikasi ini beliau telah mengiklankan produk jus world dan biskut raya untuk dilihat oleh semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia. Beliau berharap dengan penggunaan aplikasi My Shop ini perniagaan beliau dapat terus berkembang hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

 


3. CELIK IT

Nama  : Muhammad Humaidi Bin Salleh

Umur   :15 Tahun

Ahli      : 2015

Kelas Asas Komputer, Kelas Microsoft Office, Kelas Email dan Facebook, Kelas Asas Adobe Photoshop dan Abode Illustrator

Latar belakang

Muhammad Humaidi merupakan pelajar  Tingkatan 3 yang ingin menyiapkan kerja kursus PT3nya. Beliau berkunjung ke Pusat Internet Pekan Bukit Jenun untuk menyiapkan kerja kursusnya, akan tetapi beliau tidak tahu mengunakan komputer.Petugas memberi penerangan kepada beliau dan mengesyorkan kepadanya  mengikuti kelas dan latihan-latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau juga, ingin mendapatkan sijil untuk latihan-latihan yang ditawarkan di Pusat Internet.Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Pekan Bukit Jenun. Selain itu, beliau telah diperkenalkan dengan software Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator bagi meningkatkan penguasaan beliau dalam bidang komputer.

Muhammad Humaidi memulakan kelasnya dengan Kelas Asas Komputer. Di dalam kelas ini petugas telah menerangkan tentang maksud komputer, sistem komputer, aliran kerja sistem komputer serta perkakasan dan perisian dalam komputer dan kemudian penggunaan komputer dalam kehidupan seharian dan kelebihan menggunakan komputer. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian kita. Beliau  sangat teruja untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer setelah mengikuti kelas ini.

Kelas seterusnya adalah Kelas Microsoft Office. Di dalam kelas ini petugas  telah memberi  latihan menaip, dan diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office.Dengan adanya kelas ini ia dapat membantu meningkatkan kemahiran menaipnya.Sekaligus dengan mengikuti kelas ini, ia dapat membantu beliau untuk menyiapkan kerja kursusnya.

Seterusnya beliau juga telah mengikuti kelas membuat akaun email dan telah membuka akaun facebook. Akaun facebook ini dapat digunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan sekolah disamping dapat bertukar-tukar maklumat dan idea bagi menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh gurunya.

Muhammad Humaidi berasa sangat gembira setelah mingikuti kelas tersebut dan ingin terus belajar komputer di Pusat Internet Pekan Bukit Jenun.Beliau telah mengikuti semua kelas yang telah dianjurkan oleh petugas.Disamping itu,petugas juga memperkenalkan software Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Illustrator kepada beliau. Software ini di perkenalkan bagi memberi pendedahan kepada beliau cara mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi.Petugas telah memberi latihan kepada Muhammad Humaidi bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop CS6 dan Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti kelas asas komputer, Microsoft Office ini, beliau tidak berapa mahir dalam menggunakan komputer. Banyak lagi perkara yang beliau perlu pelajari seperti Microsoft office,excel dan lain – lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beliau mengikuti kelas yang dibimbing oleh petugas, beliau telah mahir dalam bidang komputer. Beliau juga telah mahir mengunakan Microsoft office,excel dan power point. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.