1.USAHAWAN SET MANDIAN GARAM BULUH (MARINE ESSENCE)

Nama : Noraini Binti Lebor

Umur  : 55 Tahun

Ahli     : 2013

 

Latar belakang

Puan Noraini merupakan seorang usahawan yang menjual produk Marine Essence yang berasaskan garam buluh. Beliau menjual set mandian garam buluh yang merangkumi set shampu, sabun mandi, sabun pencuci muka, ubat gigi, lulur dan perapi rambut. Antara kebaikan produk yang berasaskan garam buluh ialah merawat kelemumur, melambatkan penuaan kulit, menghilangkan jerawat dan jeragat, tona kulit lebih sekata, merawat kulit terbakar dan lain-lain lagi.

Puan Noraini memulakan perniagaan dengan menjual set mandian garam buluh ini kepada penduduk di sekitar Bukit Jenun dan Pekan Pendang sahaja. Setelah produk ini mula dikenali ramai beliau telah menerima tempahan dari luar kawasan Pendang. Beliau ingin mempromosikan produk ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan terkenal di seluruh Malaysia. Beliau mengambil peluang ini untuk mengikuti kelas dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun bagi menambahkan ilmu dan teknik pemasaran produk secara di atas talian. Beliau telah mengikuti kelas membuat akaun email dan facebook untuk mempromosikan produk set mandian garam buluh tersebut. Beliau juga mempelajari pembangunan website percuma dari google sites dan blog bagi menambahkan ilmu pemasaran ke atas produk beliau. Kelas Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint juga telah diikuti oleh beliau bagi memahirkan diri di dalam bidang ICT. Beliau menggunakan apliaksi ini untuk membuat flyers, brochure, membuat akaun perniagaan dan membuat slaid pembentangan produk beliau.

 Puan Noraini juga telah mempelajari cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop). Modul My Shop ini merupakan tapak bagi usahawan untuk mempromosikan produk mereka secara di atas talian. Puan Noraini telah menggunakan aplikasi My Shop dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Set mandian garam buluh dapat dipromosikan ke peringkat yang lebih tinggi dengan adanya tapak Facebook dan My Shop. Puan Noraini berharap dengan memasarkan produk di atas talian akan dapat membantu menambahkan pendapatan beliau dan akan dapat membantu suaminya untuk menampung segala perbelanjaan harian keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Noraini menjual produk ini hanya dari rumahnya dan menjual kepada kawan-kawan, jiran-jiran dan penduduk di sekitar Bukit Jenun sahaja. Kemudian beliau meletakkan produk set mandian garam buluh ini di kedai-kedai di sekitar Bukit Jenun dan Pendang. Setelah mendapat permintaan yang tinggi, Puan Noraini ingin menjual produk ini keluar dari kawasan Pendang dan ingin mempromosikannya secara di atas talian. Tetapi beliau tidak tahu bagaimanakah caranya kerana beliau tidak tahu menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Noraini telah menjadi ahli Pusat Internet dan mengikuti latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet bagi memantapkan lagi ilmu beliau tentang komputer dan internet. Beliau telah belajar cara membuka akaun email dan facebook. Beliau memasukkan gambar dan butiran produk ke dalam facebook dan ternyata facebook merupakan medium pemasaran produk yang sangat berkesan pada masa kini.

Aplikasi baharu seperti My Shop juga telah banyak membantu untuk mempromosikan produk beliau. Di dalam My Shop, Puan Noraini telah mengiklankan produknya dengan memasukkan gambar dan butiran produk bagi  menarik perhatian pelanggan dari seluruh Malaysia. Aplikasi My Shop ini dapat dilihat oleh semua pengguna Pusat Internet di seluruh Malaysia. Dengan pembangunan facebook dan My Shop beliau berharap produk ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada pelanggan dan menjadi terkenal di seluruh Malaysia.

 

 


2.USAHAWAN MINYAK WANGI HARUMAN LUQMAN

Nama : Salbiah Binti Ahyat

Umur  : 54 Tahun

Ahli     : 2013

 

Latar belakang

Puan Salbiah seorang kerani di syarikat swasta dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjual minyak wangi Haruman Luqman. Beliau menjual minyak wangi yang mempunyai 3 jenis haruman iaitu Bunga Cenderawasih, Bunga Qasidah dan Mekar Seroja. Minyak wangi tersebut terdapat dalam bentuk botol 3ml dan 1 kotak mempunyai 12 botol. Haruman Luqman adalah wangian berasaskan kasturi yang didoakan dengan surah-surah daripada Al-Quran dan doa-doa pilihan. Diadun dengan pati bunga-bungaan segar yang mempunyai nilai dalam perubatan tradisional Melayu, bukan sahaja digunakan untuk penyembuhan malah mampu menghasilkan aroma yang sangat unik, moden dan tersendiri.

Pada permulaan perniagaan, Puan Salbiah hanya menjual kepada kawan-kawan, teman rapat dan jiran-jiran yang tinggal di sekitar Bukit Jenun. Lama-kelamaan minyak wangi Haruman Luqman mendapat permintaan yang tinggi dan beliau perlu memperluaskan pasaran produk ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Pekan Bukit Jenun untuk meningkatkan lagi pemasaran produk beliau. Beliau telah menyertai kelas membuat Email, Facebook dan Blog sebagai tapak untuk mempromosikan produk beliau. Aplikasi dashboard My Shop juga telah diperkenalkan kepada beliau dan telah memasukkan maklumat produk ke dalam aplikasi tersebut. Portal My Shop ini merupakan tapak untuk usahawan berniaga di atas talian bagi mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia. Produk minyak wangi Haruman Luqman ini telah mendapat sambutan yang hangat setelah dipromosikan di facebook dan My Shop. Puan Salbiah berharap produknya akan terus mendapat permintaan yang tinggi dan pelanggannya berpuas hati dengan produk ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mngikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet, Puan Salbiah hanya menjual produknya di rumah dan diletakkan di kedai-kedai berdekatan Bukit Jenun. Pelanggan tetapnya hanyalah teman rapat, kawan-kawan dan jiran-jiran tetangga. Kemudian produk minyak wangi Haruman Luqman ini mendapat sambutan kerana kawan-kawan dan jiran-jiranya telah mempromosikan produk ini dari mulut ke mulut dan mula dikenali orang ramai. Beliau berharap boleh menjual produk ini ke seluruh Malaysia melalui penghantaran pos tetapi beliau tidak tahu dimanakah tapak untuk mempromosikan produk ini ke seluruh Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Untuk mempromosikan produk minyak wangi ini ke seluruh Malaysia dan membuat penghantaran melalui pos, Puan Salbiah mengambil peluang ini dengan mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Dengan mengikuti kelas, produk yang dijualnya boleh dipromosikan di dalam Facebook dan juga My Shop.

Latihan dan kelas yang disertai beliau ialah membangunkan laman facebook dan memasukkan gambar-gambar dan butiran produk yang dijualnya. Setelah memaparkan di facebook, produk minyak wangi Haruman Luqman mendapat sambutan yang menggalakkan dan beliau mula menerima tempahan dari pelanggan yang tinggal di luar kawasan Kedah. Puan Salbiah juga telah mengikuti kelas aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Shop untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Di dalam aplikasi My Shop beliau telah memasukkan produk minyak wangi Haruman Luqman untuk dilihat oleh semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia. Beliau berharap dengan penggunaan aplikasi My Shop ini produk yang dijual beliau dapat terus berkembang hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

 


3. CELIK IT

Nama  : Muhammad Akmal Radhi Bin Abdul Talib

Umur   :13 Tahun

Ahli      : 2015

 

Kelas Asas Komputer, Kelas Microsoft Office, Kelas Asas Adobe Photoshop dan Abode Illustrator


Latar belakang
 

Muhammad Akmal merupakan pelajar Tingkatan 1 yang ingin menyiapkan kerja kursus Geografi dan beliau berkunjung ke Pusat Internet bagi menyiapkan kerja kursusnya dan beliau mempunyai masalah iaitu tidak pandai mengunakan komputer. Petugas Pusat Internet telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer dan seterusnya dapat menyiapkan kerja kursus beliau. Selain itu, beliau telah diperkenalkan dengan software Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator bagi meningkatkan penguasaan beliau dalam bidang komputer.

Muhammad Akmal memulakan kelasnya dengan Kelas Asas Komputer dan Internet kerana beliau tidak tahu apa-apa tentang komputer dan internet. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian. Beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin cari seperti google. Beliau sangat teruja untuk memeruskan lagi kelas-kelas lain dan akan mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer.

Selepas itu, Muhammad Akmal meneruskan kelas Microsoft Office Word, PowerPoint dan Excel. Di dalam kelas ini beliau  telah mempelajari cara menaip, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan dan Microsoft Office Excel untuk membuat formula jumlah, untung dan rugi, komisen dan sebagainya. Dengan mempelajari Microsoft Office ia dapat membantu meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan sekaligus dapat membantu untuk menyiapkan kerja kursus beliau.

Muhammad Akmal berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu kelas Asas Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Illustrator. Software ini diperkenalkan kepada beliau bagi memberi pendedahan cara untuk mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti kelas asas komputer, Microsoft Office dan Adobe, beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk mengedit gambar dan membuat banner.