1.USAHAWAN KEROPOK LEKOR

Nama : Puan Siti Zaleha Binti Mohd Ariffin

Umur  : 46 Tahun

Ahli     : 2018

Latar belakang

Puan Siti Zaleha merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjual keropok lekor di gerai.Selain keropok lekor beliau juga menjual minuman bergas dan sosej bagi mempelbagaikan makanan di gerai beliau. Beliau memulakan perniagaan keropok lekor ini dengan menjualnya secara kecil- kecilan dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pelajar sekolah kerana gerai yang dibuka oleh beliau berdekatan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Jenun.Keropok lekor beliau mendapat sambutan kerana keropoknya mempunyai rasa ikan yang banyak, rangup dan sedap.Selain itu, Puan Siti Zaleha juga sering mendapat tempahan daripada penduduk kampung untuk membeli keropok lekor yang belum digoreng dengan kuantiti yang banyak.Beliau juga menjual keropok lekor yang belom digoreng untuk membantu meningkatkan hasil pendapatan bulanannya.

Beliau dapat merasakan perniagaan ini boleh berkembang dengan lebih maju dengan bantuan internet. Tetapi beliau tidak mengtahui caranya. Setelah kakaknya memberitahu beliau bahawa Pusat Internet menyediakan bengkel perniagaan di atas talian beliau terus mengunjung ke Pusat Internet pada Hari Bersama Komuniti dan kemudian menyertai kursus tersebut. Beliau telah menyertai kelas membuat email, facebook dan telah menggunakan portal my shop sebagai tapak memasarkan produk beliau.Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal my shop produk beliau mendapat smabutan yang lagi menggalakkan dan mendapat tempahan dari luar kawasan Pendang.Alhamdulillah dengan bantuan Pusat Internet produk beliau dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer dan internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya.Beliau hanya menjual di gerai dan menerima tempahan apabila penduduk kampung membuat tempahan.Beliau merasakan perniagaannya tidak cukup setakat ini sahaja dan beliau harus mengambil peluang yang ada untuk memasarkan lagi produk ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bagi memenuhi cita-cita untuk memasarkan produk ke seluruh Malaysia, beliau telah menyertai bengkel perniagaan di atas talian yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun sempena Hari Bersama Komuniti 2018. Ketika bengkel berlangsung beliau telah belajar cara-cara untuk membuat akaun email dan facebook. Beliau telah berjaya memasukkan gambar produk dan penerangan mengenai produk ke dalam facebook tersebut. Ketika menyertai bengkel tersebut beliau juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu modul My Shop yang digunakan oleh usahawan setempat untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia.Beliau juga telah berjaya memasukkan produk beliau ke dalam portal My Shop.Dengan adanya medium facebook dan portal My Shop produk akan dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

 


2.USAHAWAN KETUPAT DAUN PALAS

Nama : Che Norliah Binti Md Ariffin

Umur  : 61 Tahun

Ahli     : 2018

Latar belakang

Puan Che Norliah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjual dan mengambil upah membuat ketupat. Beliau menjual ketupat pulut biasa dan juga ketupat pulut hitam. Ketupat yang dijual adalah hasil air tangan beliau sendiri dan merupakan resepi turun temurun keluarganya. Ketupat yang dihasilkan oleh beliau dibalut menggunakan daun palas bagi menaikkan lagi aroma wangi ke dalam ketupat tersebut.

Beliau memulakan perniagaan ketupat ini dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran ketika musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Kadang kala beliau mengambil tempahan ketika majlis kenduri kesyukuran dan kenduri kahwin.Setelah ketupat hasil air tangannya menjadi buah mulut orang ramai beliau menerima banyak tempahan dari sekitar Pendang dan terpaksa mengupah adik beliau dan meminta tolong dari anak-anak untuk membantu menyiapkan tempahan tersebut.

Beliau merasakan perniagaan ini boleh berkembang dengan lebih maju dengan bantuan internet. Tetapi beliau tidak mengtahui caranya. Setelah adiknya memberitahu beliau bahawa Pusat Internet menyediakan bengkel perniagaan di atas talian beliau terus mengunjung ke Pusat Internet pada Hari Bersama Komuniti dan mendaftar sebagai ahli dan kemudian menyertai kursus tersebut. Beliau telah menyertai kelas membuat email, facebook dan telah menggunakan portal my shop sebagai tapak memasarkan produk beliau.Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal my shop produk beliau mendapat smabutan yang lagi menggalakkan dan mendapat tempahan dari luar kawasan Kedah seperti Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Alhamdulillah dengan bantuan Pusat Internet produk beliau dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini Puan Che Norliah tidak tahu langsung menggunakan komputer dan internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya. Beliau hanya mengambil tempahan melalui pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau juga hanya mengambil tempahan apabila ada kenduri dan musim perayaan sahaja. Beliau merasakan perniagaannya tidak cukup setakat ini sahaja dan beliau harus mengambil peluang yang ada untuk memasarkan lagi produk ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bagi memenuhi cita-cita untuk memasarkan produk ke seluruh Malaysia, Puan Che Norliah telah menyertai bengkel perniagaan di atas talian yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Bukit Jenun sempena Hari Bersama Komuniti 2018. Ketika bengkel berlangsung beliau telah belajar cara-cara untuk membuat akaun email dan facebook. Beliau telah berjaya memasukkan gambar produk dan penerangan mengenai produk ke dalam facebook tersebut. Ketika menyertai bengkel tersebut beliau juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu modul My Shop yang digunakan oleh usahawan setempat untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia.Beliau juga telah berjaya memasukkan produk beliau ke dalam portal My Shop.Dengan adanya medium facebook dan portal My Shop produk Puan Che Norliah akan dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

 


3. CELIK IT

Nama  : Nurul Hamizah Binti Mohd Hilmi

Umur   : 18 Tahun

Ahli      : 2015

Kelas Asas Komputer, Kelas Microsoft Office, Kelas Asas Adobe Photoshop dan Abode Illustrator

Latar belakang 

Nurul Hamizah merupakan pelajar Kolej Komuniti yang ingin menyiapkan kerja kursusnya dan beliau berkunjung ke Pusat Internet bagi menyiapkan kerja kursusnya dan beliau mempunyai masalah iaitu tidak pandai mengunakan komputer. Petugas Pusat Internet telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer dan seterusnya dapat menyiapkan kerja kursus beliau. Selain itu, beliau telah diperkenalkan dengan software Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator bagi meningkatkan penguasaan beliau dalam bidang komputer.

Nurul Hamizah memulakan kelasnya dengan Kelas Asas Komputer dan Internet kerana beliau ingin mendalami ilmu komputer dan internet. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian. Beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin cari seperti google. Beliau sangat teruja untuk memeruskan lagi kelas-kelas lain dan akan mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer.

Selepas itu, Nurul Hamizah meneruskan kelas Microsoft Office Word, PowerPoint dan Excel. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara menaip, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan dan Microsoft Office Excel untuk membuat formula jumlah, untung dan rugi, komisen dan sebagainya. Dengan mempelajari Microsoft Office ia dapat membantu meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan sekaligus dapat membantu untuk menyiapkan kerja kursus beliau.

Nurul Hamizah berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu kelas Asas Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Illustrator. Software ini diperkenalkan kepada beliau bagi memberi pendedahan cara untuk mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti kelas asas komputer, Microsoft Office dan Adobe, beliau tidak  mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk mengedit gambar dan membuat banner.