1. USAHAWAN KERABU KAKI AYAM, ROTI JALA, KARIPAP PUSING, BIHUN GORENG DAN NASI LEMAK

Nama  : Puan Saryna Binti Zainun

Umur   : 45 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Puan Saryna merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjual dan menerima tempahan kerabu kaki ayam, roti jala, karipap pusing, bihun goreng dan juga nasi lemak. Beliau juga mempunyai gerai makan yang dikongsikan bersama dengan adik beliau. Beliau menjual sarapan pagi seperti nasi lemak dan bihun goreng dan makanan tengah hari merupakan nasi campur yang mempunyai pelbagai jenis lauk – pauk masakan kampung. Beliau menerima tempahan kerabu kaki ayam, roti jalan, karipap pusing dan bihun goreng daripada penduduk tempatan, jiran-jiran dan kawan-kawan pada sebelah petangnya dan pada hari cuti bagi meningkatkan lagi pendapatan bulanannya.

Pada mulanya beliau menerima tempahan daripada jiran-jiran dan kawan-kawan sahaja. Namun setelah kerabu kaki ayam, karipap pusing dan roti jalan yang dijual oleh Puan Saryna mendapat sambutan yang hangat kerana kesedapan makanan tersebut, tempahannya semakin bertambah dari hari ke hari dan telah menjadi buah mulut penduduk setempat. Beliau merasakan tidak cukup setakat ini sahaja dan beliau ingin meluaskan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi merealisasikan hasrat beliau Puan Saryna telah mengikuti Latihan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Puan Saryna ialah kelas Email, Facebook, Asas Pembangunan Blog, Laman Web dan Microsoft Office. Beliau mengikuti kelas-kelas ini bagi memahirkan diri dengan teknologi terkini dan meningkatkan promosi bagi produk-produk beliau. Puan Saryna juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti yang mempunyai modul My Shop. Dalam modul ini usahawan dan peniaga tempatan dapat mempromosikan produk-produk mereka sehingga ke seluruh Malaysia. Setalah berjaya mempromosikan produk-produk beliau di dalam Facebook dan My Shop, tempahan yang diterima Puan Saryna meningkat sehingga 2 kali ganda dan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menerima tempahan daripada penduduk setempat dengan panggilan telefon, pesanan SMS dan Whatsapp. Beliau ingin memasarkan produk-produk beliau dengan lebih mudah dan menjimatkan. Beliau berfikir dengan berniaga di atas talian akan dapat memudahkan kerja beliau dan sangat menjimatkan. Jadi beliau mengikuti latihan dan kelas di Pusat Internet bagi meningkatkan lagi kemahiran pemasaran produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Saryna telah mengikuti kelas membuat akaun Email dan Facebook bagi memasarkan produknya di atas talian. Beliau telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat tentang produknya ke dalam Facebook. Selain itu, beliau telah Berjaya memasukkan gambar dan maklumat produk beliau ke dalam aplikasi My Shop. Alhamdulillah setelah beliau mahir menggunakan kedua-dua medium pemasaran tersebut, beliau menerima banyak tempahan dari luar kawasan Kedah.

 

  

 


 

2. USAHAWAN KARIPAP DAN POPIA

Nama  : Puan Fadzila Binti Haniff

Umur   : 34 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Puan Fadzila Binti Haniff merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang memulakan perniagaan untuk membantu suami menambahkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya. Beliau menjual karipap dan popia. Nama perniagaan Puan Fadzila ialah “The Pastries Bites By Dila”. Antara produk-produk yang telah dikeluarkan oleh Puan Fadzila ialah “Chicken Currypuff, Creamy Chicken Puff dan Creamy Chicken Popia”. Semua produk-produk keluaran Puan Fadzila ini adalah dihasilkan daripada resepi beliau sendiri. Produk – produk Puan Fadzila ini sesuai dimakan sebagai sarapan pagi dan minum petang.

Beliau memulakan perniagaan karipap dan popia ini dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran pada setiap hari jika beliau tidak sibuk dengan urusan harian. Beliau juga mengambil tempahan ketika bulan Ramadhan dan juga ketika menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Kadang - kala beliau mengambil tempahan ketika majlis kenduri kesyukuran dan kenduri kahwin. Setelah karipap dan popia yang dihasilkan oleh Puan Fadzila menjadi bualan orang ramai beliau menerima banyak tempahan dari sekitar Pendang dan Alor Setar.

Puan Fadzila berharap produknya dapat menembusi pasaran ke luar kawasan Kedah dan seterusnya ke seluruh Malaysia. Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membuat email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Semua ahli Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempomosikan produk beliau. Puan Fadzila juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Alhamdulillah setelah memasukkan produk karipap dan popia ini ke dalam facebook dan portal My Shop tempahan karipap dan popia Puan Fadzila semakin bertambah dan beliau sangat sibuk untuk menyiapkan segala tempahan daripada pelanggan-pelanggan dari luar kawasan Kedah seperti Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Suaminya turut membantu beliau dengan menghantar tempahan kepada pelanggan-pelanggan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Puan Fadzila hanya menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya. Beliau hanya mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp, pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau merasakan perniagaannya boleh diperluaskan lagi pasarannya ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak hanya berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau mahu produk ini dikenali ramai dan mahu menghantar produk ini ke seluruh Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi kemahuan beliau yang ingin melihat produknya dikenali ke seluruh Malaysia, Puan Fadzila telah menyertai Latihan Keusahawanan iaitu kelas email, facebook, blog, laman web dan Microsoft Office. Beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook sendiri dan memasukkan gambar produk dan penerangan mengenai produk ke dalam facebook tersebut. Beliau juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu modul My Shop yang digunakan oleh usahawan setempat untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia. Beliau telah berjaya memasukkan produk beliau ke dalam portal My Shop. Dengan adanya medium facebook dan portal My Shop produk Puan Fadzila lebih dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

 

 


 

3. CELIK IT

Nama  : Nurul Jannah Binti Nor Shaidi

Umur   : 12 Tahun

Ahli      : 2013

Kelas Asas Komputer, Kelas E-Learning, Microsoft Office Word, Microsoft Office PowerPoint dan Kelas Asas Adobe Photoshop

Latar belakang 

Nurul Jannah merupakan pelajar sekolah rendah dan beliau mempunyai masalah iaitu tidak pandai mengunakan komputer. Petugas Pusat Internet telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.Selain itu, beliau telah diperkenalkan dengan software Adobe Photoshop bagi memahirkan beliau di dalam bidang komputer.

Nurul Jannah memulakan kelasnya dengan Kelas Asas Komputer dan Internet kerana beliau ingin mendalami ilmu komputer dan internet. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian. Beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin cari seperti google. Beliau sangat teruja untuk memeruskan lagi kelas-kelas lain dan akan mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer.

Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Learning.Dengan adanya laman web permainan sambil belajar ia dapat membantu beliau untuk membuat latihan matapelajarannya dan tidak membuatkan beliau bosan untuk belajar.Antara laman web yang diajar oleh petugas kepada beliau ialah www.abcya.com, typershark deluxe, www.uptoten.com dan sebagainya.

Nurul Jannah sudah mahir dalam menggunakan komputer dan beliau meneruskan kelas  Microsoft Office Word dan PowerPoint.Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara menaip dokumen , cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan.Walaupun usianya masih muda beliau sangat bersemangat untuk  mempelajari ilmu komputer ini dengan bersungguh – sungguh.

Nurul Jannah berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu kelas Asas Adobe Photoshop CS6.Software ini diperkenalkan kepada beliau bagi memberi pendedahan cara untuk mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti kelas asas komputer, Kelas E-Learning, Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan Adobe Photoshop, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint dan laman web pembelajaran. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk mengedit gambar dan membuat banner.

 images/jannah.jpg