1. USAHAWAN PRODUK KECANTIKKAN DAN KESIHATAN NIOR,RENDANG DAGING DENDENG,SAMBAL HITAM BELIMBING,POPIA PEDAS DAN PIL MUSTAJAB RESDUNG

Nama  : Norazlina Binti Khamis

Umur   : 37 Tahun

Ahli      : 2013

 

Latar belakang

Puan Norazlina merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjadi agen sah menjual produk kecantikan dan kesihatan NOIR. Beliau juga menjual rendang daging dendeng, sambal hitam belimbing, popia pedas dan pil mustajab resdung bagi menambahkan lagi pendapatan keluarga.

Pada mulanya beliau menjual produk kecantikan dan kesihatan NOIR kepada kenalan rapat, rakan-rakan dan jiran tetangga sahaja. Namun setelah mendapat maklum balas yang positif tentang keberkesanan penggunaan produk NOIR daripada rakan-rakan beliau, produk ini telah menjadi bualan ramai untuk mencantikkan wajah mereka.Pelanggannya makin bertambah dari hari ke hari. Namun beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau ingin memasarkan produk kecantikan NOIR ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya semua masyarakat tahu tentang kelebihan produk ini.

Bagi memenuhi cita-cita Puan Norazlina untuk memasarkan produk NOIR ke peringkat yang lebih tinggi, beliau telah mengikuti Latihan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Puan Norazlina ialah kelas Email, Facebook, Asas Pembangunan Blog, Laman Web dan Microsoft Office. Beliau mengikuti kelas-kelas ini bagi memahirkan diri dengan komputer dan meningkatkan promosi bagi produk-produk beliau. Puan Norazlina juga telah diperkenalkan dengan aplikasi My Shop yang menjadi medium usahawan tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka ke seluruh Malaysia. Setelah berjaya mempromosikan produk-produk beliau di dalam Facebook dan My Shop, tempahan produk NOIR, rendang daging dengdeng dan sambal hitam belimbing meningkat dua kali ganda dan pendapatan bulanan semakin bertambah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norazlina hanya menerima tempahan daripada rakan-rakan dan jiran-jiran melalui panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau ingin memasarkan produk-produk beliau dengan lebih mudah, cepat dan menjimatkan. Beliau perlu menambahkan ilmu pemasaran produk di atas talian dengan petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norazlina telah mengikuti kelas membuat akaun Email dan Facebook bagi memasarkan produknya di atas talian. Beliau telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat tentang produknya ke dalam Facebook. Selain itu, beliau telah berjaya mempromosikan produk beliau ke dalam aplikasi My Shop. Setelah di perkenalkan di facebook produk kecantikan NOIR, rendang daging dendeng, sambal hitam belimbing dan popia pedas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Beliau juga mula menerima tempahan daripada whatsapp.

  


2. USAHAWAN KEK , KARIPAP DAN DONUT FROZEN

Nama  : Fatiza Binti Baharom

Umur   : 39 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Puan Fatiza Binti Baharom merupakan seorang suri rumah yang memulakan perniagaan untuk membantu suaminya menambah pendapatan keluarga dengan menjual karipap dan donut frozen, pelbagai aneka kek dan juga kek hari jadi.Kek yang dijual Puan Fatiza mempunyai pelbagai jenis perisa dan corak iaitu kek coklat, kek pandan, kek cheese, kek buah, kek marble, kek pandan marble, kek blueberry dan kek dam.Selain memgambil tempahan kek beliau juga berniaga di gerai dengan menjual kuih-muih dan air minuman ketika bulan Ramadhan.                                          

Beliau memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran tetangga.Kemudian perniagaannya semakin berkembang dengan mendapat banyak tempahan ketika musim perayaan seperti Hari Raya.Pada bulan puasa juga beliau menerima banyak tempahan kek dan karipap untuk majlis berbuka puasa.Tidak kurang juga ketika musim cuti sekolah, beliau menerima banyak tempahan kek dan karipap untuk majlis perkahwinan. Setelah produk Puan Fatiza menjadi bualan ramai, beliau banyak menerima tempahan dari Alor Setar dan seluruh negeri Kedah.

Puan Fatiza berharap produknya dapat menembusi pasaran ke luar kawasan Kedah dan seterusnya ke seluruh Malaysia. Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membuat email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempomosikan produk beliau. Puan Fatiza juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal My Shop tempahan karipap dan kek Puan Fatiza semakin bertambah dan beliau sangat sibuk untuk menyiapkan segala tempahan daripada pelanggan-pelanggan dari luar kawasan Kedah seperti Perlis dan Pulau Pinang. Puan Fatiza dibantu oleh anak-anak untuk menyiapkan tempahan dan menghantar tempahan kepada pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Puan Fatiza hanya mempromosikan produk dan mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp, pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja.Beliau ingin melihat produknya dapat dipasarkan ke seluruh Malaysia. Tetapi cara pemasaran beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan di kawasan yang terdekat sahaja.Beliau harus keluar dari batasan ini dan memikirkan cara untuk mengembangkan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk memenuhi cita-cita, Puan Fatiza telah menyertai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti kelas latihan keusahawanan bagi menambahkan ilmu dalam pemasaran produk beliau. Selain itu, beliau telah mengikut kelas email, facebook, microsoft office, asas blog dan asas website bagi menambahkan ilmu pemasaran. Puan Fatiza telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat produk ke dalam facebook.Beliau juga telah diperkenalkan dengan dashboard komuniti untuk menambahkan medium promosi produk beliau. Beliau telah dibimbing oleh petugas untuk memasukkan gambar produk dan maklumat produk ke dalam portal My Shop. Portal my shop ini digunakan oleh usahawan di bawah bimbingan PI untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna PI di seluruh Malaysia. Setelah menggunakan facebook dan my shop untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dan dapat menambahkan lagi pendapatan bagi membantu suami menampung perbelanjaan keluarga.

  


 

3. Celik IT

Nama  : Nuranis Husna Binti Muhamad Tarmizi

Umur   : 12 Tahun

Ahli      : 2015

 

Latar belakang

Nuranis Husna merupakan ahli Pusat Internet Pekan Bukit Jenun dan tidak pandai menggunakan komputer. Petugas Pusat Internet telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang ditawarkan di Pusat Internet dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer. Selain itu, beliau telah diperkenalkan dengan software Adobe Photoshop bagi menambah kemahiran tentang aplikasi komputer.

Nuranis memulakan kelas dengan Kelas Asas Komputer dan Internet kerana beliau ingin mendalami ilmu komputer dan internet. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian. Beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin cari seperti google. Beliau sangat teruja untuk meneruskan lagi kelas-kelas lain dan akan mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer.

Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai kelas ‘E-Learning’. Dengan adanya laman web belajar sambil bermain ia dapat membantu beliau untuk membuat latihan matapelajaran dan tidak membuatkan beliau bosan untuk belajar. Antara laman web yang diajar oleh petugas kepada beliau ialah www.abcya.com, typershark deluxe, www.sheppardsoftware.com, www.uptoten.com, dan sebagainya.

Nuranis setelah mahir dalam menggunakan computer beliau meneruskan kelas  Microsoft Office Word dan PowerPoint. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara menaip dokumen , cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan. Walaupun masih di bangku sekolah, beliau sangat bersemangat untuk mempelajari ilmu komputer bagi menambahkan kemahiran beliau.

Nuranis berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu kelas Asas Adobe Photoshop CS6. Aplikasi ini diperkenalkan kepada beliau untuk memberikan pendedahan cara untuk mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas asas komputer, Kelas E-Learning, Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan Adobe Photoshop CS6, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas dan latihan komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint dan laman web pembelajaran. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk mengedit gambar dan membuat banner.