1. Usahawan Agen Produk Kecantikan dan kesihatan NURRAYSA


Nama  : Noor Azean Binti Halim

Umur   : 35 Tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Puan Noor Azean merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjadi agen sah menjual produk kecantikan dan kesihatan NURRAYSA.

Pada mulanya beliau menjual produk kecantikan dan kesihatan NURRAYSA kepada kenalan rapat, rakan-rakan dan jiran tetangga sahaja. Namun setelah mendapat maklum balas yang positif tentang keberkesanan penggunaan produk NURRAYSA ke atas kulit rakan-rakan beliau, produk ini telah menjadi bualan ramai untuk mencantikkan wajah mereka.Pelanggannya makin semakain hari semakin bertambah. Namun beliau ingin memasarkan produk kecantikan NURRAYSA ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya semua masyarakat tahu tentang keberkesanan produk ini.

Bagi memenuhi hasrat Puan Noor Azean untuk memasarkan produk NURRAYSA ke peringkat yang lebih tinggi, beliau telah mengikuti Latihan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Puan Noor Azean ialah kelas Email, Facebook, Asas Pembangunan Blog, Laman Web dan Microsoft Office. Beliau mengikuti kelas-kelas ini bagi memahirkan diri dengan komputer dan meningkatkan pemasaran bagi produk-produk beliau. Puan Noor Azean juga telah diperkenalkan dengan aplikasi My Shop yang menjadi medium usahawan tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka ke seluruh Malaysia. Setelah berjaya mempromosikan produk-produk beliau di dalam Facebook dan My Shop, tempahan produk NURRAYSA meningkat dua kali ganda dan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Noor Azean menerima tempahan daripada rakan-rakan dan jiran-jiran melalui panggilan telefon sahaja. Beliau ingin memasarkan produk-produk beliau dengan lebih mudah, cepat dan menjimatkan. Beliau perlu menambahkan ilmu pemasaran produk di atas talian dengan petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Noor Azean telah mengikuti kelas membuat akaun Email dan Facebook bagi memasarkan produknya di atas talian. Beliau telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat tentang produknya ke dalam Facebook. Selain itu, beliau telah berjaya mempromosikan produk beliau ke dalam aplikasi My Shop. Setelah di perkenalkan di facebook produk kecantikan NURRAYSA yang dijualnya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Beliau juga mula menerima tempahan daripada facebook dan My Shop.

 

 azean1 azean2


 

2. Usahawan Bakery & Pastry (Pizza HomeMade)


Nama  : Nur Syukriah Binti Shuaib 

Umur   : 29 Tahun

Ahli      : 2019


Latar belakang

Nur Syukriah Binti Shuaib merupakan seorang penganggur yang memulakan perniagaan untuk membantu keluarganya menambah pendapatan.Beliau mempunyai ilmu di dalam bidang bakery & pastry ini tetapi tidak berani untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh beliau. Hasil desakan ekonomi sekarang, Syukriah memberanikan diri untuk menerima tempahan secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis roti dan pizza homemade.

Beliau memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran tetangga sekitar kawasan Pekan Bukit Jenun.Kemudian perniagaannya semakin bekembang apabila pizza dan rotinya mendapat permintaan ramai daripada komuniti setempat dengan kualiti rotinya yang lembut dan tahan lama.Beliau cuba mengorak langkah dengan memperkembangkan lagi perniagaannya dengan meletakkan di kedai-kedai yang berdeketan bagi meningkatkan hasil jualannya.

Suatu hari beliau tergerak hati untuk memasarkan produknya menembusi pasaran ke luar kawasan Kedah dan seterusnya ke seluruh Malaysia. Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membuat email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempomosikan produk beliau. Syukriah juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal My Shop tempahan pizza dan roti beliau mendapat permintaan yang sangat tinggi dan beliau sangat berpuas hati dengan adanya platform sosial media yang dapat membantu menyumbangkan hasil jualan beliau.Kini beliau,mengorak langkah dengan penuh yakin dalam memajukan perniagaannya.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Syukriah hanya mempromosikan produk dan mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp, pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja.Beliau ingin melihat produknya dapat dipasarkan ke seluruh Malaysia. Tetapi cara pemasaran beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan di kawasan yang terdekat sahaja.Beliau harus keluar dari batasan ini dan memikirkan cara untuk mengembangkan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk memenuhi cita-cita,Syukriah telah menyertai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti kelas latihan keusahawanan bagi menambahkan ilmu dalam pemasaran produk beliau. Selain itu, beliau telah mengikut kelas email, facebook, microsoft office, asas blog dan asas website bagi menambahkan ilmu pemasaran.Beliau telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat produk ke dalam facebook.Beliau juga telah diperkenalkan dengan dashboard komuniti untuk menambahkan medium promosi produk beliau. Beliau telah dibimbing oleh petugas untuk memasukkan gambar produk dan maklumat produk ke dalam portal My Shop. Portal my shop ini digunakan oleh usahawan di bawah bimbingan PI untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna PI di seluruh Malaysia. Setelah menggunakan facebook dan my shop untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dan dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya.

 

  


3. Celik IT

Nama  : Muhammad Afiq Wildan B. Mohd Naim

Umur   : 12 Tahun

Ahli      : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Afiq merupakan pelajar sekolah rendah dan beliau mempunyai masalah iaitu tidak pandai mengunakan komputer. Petugas Pusat Internet telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.

Muhammad Afiq memulakan kelasnya dengan Kelas Asas Komputer dan Internet kerana beliau ingin mendalami ilmu komputer dan internet. Setelah mengikuti kelas ini barulah beliau faham bagaimana komputer berfungsi dan bekerja untuk memudahkan urusan harian. Beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin cari seperti google. Beliau sangat teruja untuk meneruskan lagi kelas-kelas lain dan akan mempelajari lebih banyak lagi tentang aplikasi komputer.

Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Learning.Dengan adanya laman web permainan sambil belajar ia dapat membantu beliau untuk membuat latihan matapelajaran dan tidak membuatkan beliau bosan untuk belajar.Antara laman web yang diajar oleh petugas kepada beliau ialah www.abcya.com, typershark deluxe, www.uptoten.com dan sebagainya.

Muhammad Afiq sudah mahir dalam menggunakan komputer dan beliau meneruskan kelas  Microsoft Office Word dan PowerPoint.Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara menaip dokumen , cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan.Walaupun usianya masih muda beliau sangat bersemangat untuk  mempelajari ilmu komputer ini dengan bersungguh – sungguh.

Muhammad Afiq berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu kelas Asas Adobe Photoshop CS6.Software ini diperkenalkan kepada beliau bagi memberi pendedahan cara untuk mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas asas komputer, Kelas E-Learning, Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point dan Adobe Photoshop, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint dan laman web pembelajaran. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk mengedit gambar dan membuat banner.