1. Usahawan Produk Kecantikan NOIR


Nama  : Suhada Binti Sidek

Umur   : 27 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Puan Suhada merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami menyara anak-anak dengan menjadi agen sah menjual produk kecantikan NOIR.

Pada mulanya beliau menjual produk kecantikan NOIR kepada kenalan rapat, rakan-rakan, saudara mara dan jiran sahaja. Namun setelah mendapat maklum balas yang positif tentang keberkesanan penggunaan produk NOIR daripada saudara mara beliau, produk ini telah menjadi bualan ramai untuk mencantikkan lagi kulit wajah mereka. Pelanggannya makin bertambah dari hari ke hari. Namun beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau ingin memasarkan produk kecantikan NOIR ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya semua lapisan masyarakat tahu tentang keberkesanan produk ini.

 Bagi memenuhi cita-cita untuk memasarkan produk NOIR ke peringkat yang lebih tinggi, Puan Suhada telah mengikuti Latihan Keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Puan Suhada ialah kelas Email, Facebook, Asas Pembangunan Blog, Laman Web dan Microsoft Office. Beliau mengikuti kelas-kelas ini bagi memahirkan diri dengan ilmu ICT dan meningkatkan pemasaran bagi produk-produk beliau. Puan Suhada telah diperkenalkan dengan aplikasi My Shop yang menjadi medium usahawan tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka ke seluruh Malaysia. Setelah berjaya mempromosikan produk-produk beliau di dalam Facebook dan My Shop, tempahan produk NOIR semakin meningkat dan dapat menambahkan pendapatan bulanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suhada menerima tempahan daripada rakan-rakan, saudara mara dan jiran-jiran melalui panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau ingin memasarkan produk-produk beliau dengan lebih cepat, mudah dan menjimatkan. Beliau perlu menambahkan ilmu pemasaran produk di atas talian dengan petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suhada telah mengikuti kelas dan latihan membuat akaun Email dan Facebook bagi memasarkan produknya di atas talian. Beliau telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat tentang produknya ke dalam Facebook. Selain itu, beliau telah berjaya mempromosikan produk beliau ke dalam aplikasi My Shop. Setelah di perkenalkan produk kecantikan NOIR di facebook dan My Shop, ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan juga mula menerima tempahan daripada aplikasi whatsapp.

 IMG 8033 72489148 2673110206081443 2938958344406171648 n


2. Usahawan Pewangi Badan, Kereta dan Rumah


Nama  : Norsaliza Binti Sharif

Umur   : 39 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Puan Norsaliza Binti Sharif merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang ingin menambah pendapatan keluarga dan menolong suaminya dengan menjual dan menjadi agen pewangi badan, kereta dan rumah. Pewangi yang dijual Puan Norsaliza boleh di isi semula dengan harga yang murah. Pewangi tersebut mempunyai berbagai jenis wangian seperti vanilla, lavender, honey dew, strawberry, kasturi, melur, lemon, ros dan lain-lain lagi.

Puan Norsaliza memulakan menjual pewangi ini dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran yang tinggal di sekitar kawasan Pekan Bukit Jenun. Kemudian produk pewangi ini semakin hari semakin menjadi buah mulut orang ramai kerana terkenal dengan wangian yang tahan lama dan harga yang sangat murah. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, produk ini diletakkan di kedai-kedai di Bukit Jenun dan sekitar Pekan Pendang.

Setelah merasakan produk ini semakin mendapat permintaan ramai, beliau ingin memasarkan pewangi ini sehingga ke seluruh Kedah dan wilayah utara dan seterusnya ke peringkat seluruh Malaysia. Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu pemasaran dan ilmu tentang bidang perniagaan secara di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membuat email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan kecil yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempomosikan produk beliau. Puan Norsaliza juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal My Shop permintaan untuk produk pewangi ini sangat tinggi dan beliau sangat gembira dengan adanya platform sosial media ianya dapat membantu mengembangkan pemasaran produk usahawan di luar bandar. Kini, beliau bersemangat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan keusahawanan dengan PI, Puan Norsaliza hanya mempromosikan produk dan mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp, pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau tidak mahu berhenti setakat ini sahaja. Beliau ingin melihat produk ini mendapat tempat di hati semua rakyat Malaysia. Tetapi cara pemasaran beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan di kawasan yang terdekat sahaja. Beliau harus berfikir dan berpandangan jauh untuk mengembangkan perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi minat yang mendalam dalam bidang perniagaan,Puan Norsaliza telah mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan bagi menambahkan ilmu dalam pemasaran produk beliau. Selain itu, beliau telah mengikut kelas email, facebook, microsoft office, asas blog dan website bagi menambahkan ilmu pemasaran. Beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook sendiri bagi mempromosikan produk pewangai badan, kereta dan rumah ini. Beliau juga telah berjaya mempromosikan produk beliau dengan dashboard komuniti. Beliau telah dibimbing oleh petugas untuk memasukkan gambar produk dan maklumat produk ke dalam portal My Shop. Portal My Shop ini digunakan oleh usahawan di bawah bimbingan PI untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna PI di seluruh Malaysia. Setelah menggunakan facebook dan My Shop untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dan dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya bagi menampung kehidupan seharian.

 saliza1 saliza2


3. Celik IT

Nama  : Azrul Aiman Bin Azhar

Umur   : 10 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Azrul Aiman merupakan pelajar sekolah rendah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke Pusat Internet dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.

Kelas pertama yang diikuti oleh Azrul Aiman ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google. Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Pembelajaran. Dengan adanya laman web pendidikan ia dapat membantu beliau untuk membuat latihan mata pelajaran sains, matematik dan English. Antara laman web yang telah diikuti oleh beliau ialah www.e-learningforkids.orgwww.funbrain.com  dan lain-lain lagi.

Azrul Aiman meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office Word, PowerPoint dan Publisher. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan dan di dalam Microsoft Office Publisher pula beliau telah mempelajari cara untuk membuat kalender untuk aktiviti hariannya sendiri dan mencipta kad ucapan sempena hari jadi.

Azrul Aiman merasa terus bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu  Windos Live Movie Maker dan kelas aplikasi Paint. Beliau dapat belajar tentang multimedia melalui dua kelas tersebut. Kelas seterusnya ialah Kelas Asas Adobe Photoshop dan Illustrator CS6. Aplikasi ini diperkenalkan kepada beliau bagi memberi pendedahan cara untuk mengedit gambar, membina poster dan membangunkan animasi. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop dan Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Kelas E-Pembelajaran, Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Publisher, Kelas  Windows Live Movie Maker, Kelas Paint, Kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, beliau tidak  mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint, Publisher, laman web e-pembelajaran, Windows Live Movie Maker, aplikasi Paint dan beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Illustrator untuk mengedit gambar, membuat banner dan sebagainya.

 photo 2019 10 17 16 28 08 photo 2019 11 12 00 42 13