1. Usahawan Pekasam Ikan, Daging dan Ayam Kampung

Nama  :Siti Zuriani Binti Che Ani Gaya

Umur   : 37 Tahun

Ahli      : 2020

 

Latar belakang

Puan Siti Zuriani merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bersama-sama dengan suaminya dengan menjual pekasam ikan, daging dan ayam kampung. Pekasam ikan yang dijual oleh Puan Siti Zuriani ialah ikan darat seperti ikan keli, haruan, sepat, puyu dan lain-lain. Resepi yang digunakan untuk perapan pekasam adalah resepi turun-temurun daripada keluarganya. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah daripada bahan-bahan asli seperti serbuk beras, garam dan air yang ditapis.

Puan Siti Zuriani memulakan perniagaan ini dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran yang tinggal di sekitar kawasan Pekan Bukit Jenun. Kemudian perniagaan ini semakin hari semakin menjadi buah mulut orang ramai kerana kesedapannya dan harga yang sangat berpatutan. Alhamdulillah permintaan pelanggan semakin hari semakin bertambah sehinggakan beliau dan suaminya dapat menyewa sebuah kedai di Pekan Bukit Jenun bagi menjual produk pekasam ini.

Setelah perniagaan pekasam ini semakin hari semakin mendapat permintaan ramai, beliau memikirkan untuk memasarkan pekasam ini sehingga ke seluruh Kedah dan wilayah utara dan seterusnya ke peringkat seluruh Malaysia. Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu pemasaran dan ilmu tentang bidang perniagaan secara di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membuat email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan kecil yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempromosikan produk beliau. Puan Siti Zuriani juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal My Shop permintaan untuk produk pekasam ini sangat tinggi dan beliau sangat gembira dengan adanya platform sosial media ianya dapat membantu mengembangkan pemasaran produk usahawan di luar bandar. Kini beliau, bersemangat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan keusahawanan dan juga kelas asas lain, Puan Siti Zuriani hanya mempromosikan produk pekasamnya dengan mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp, pesanan mulut, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau ingin melihat produk pekasam ini mendapat perhatian daripada semua rakyat Malaysia. Tetapi perniagaan beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan di kawasan yang terdekat sahaja. Beliau harus berusaha dengan lebih keras untuk mengembangkan perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi impian dan cita-citanya, Puan Siti Zuriani telah mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan bagi menambahkan ilmu dalam pemasaran produk pekasam beliau. Beliau juga telah mengikuti kelas email, facebook, microsoft office, asas blog dan website bagi menambahkan ilmu pemasaran. Beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook sendiri bagi mempromosikan produk pekasam ikan, daging dan ayam kampung ini. Beliau juga telah berjaya mempromosikan produk beliau dengan dashboard komuniti. Beliau telah dibimbing oleh petugas untuk memasukkan gambar produk dan maklumat produk ke dalam portal My Shop. Portal My Shop ini digunakan oleh usahawan di bawah bimbingan PI untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna PI di seluruh Malaysia. Setelah menggunakan facebook dan My Shop untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dari luar negeri dan dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya bagi menampung perbelanjaan kehidupan seharian.

 zuriani1zuriani2

2. Usahawan Burger dan Bakso

Nama  : Muhd Azran Bin Ibrahim

Umur   : 29 Tahun

Ahli      : 2020


Latar belakang

En. Azran merupakan pelajar lepasan Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupakan penganggur dan sedang mencari pekerjaan.Bagi mencari rezeki untuk membantu menambah pendapatan keluarganya En. Azran memulakan perniagaan dengan menjual burger di Kampungnya.Beliau amat meminati bidang perniagaan kerana beliau tidak berminat bekerja dibawah pengawasan masa pejabat dan ketua.Beliau memulakan perniagaan burgernya dengan sedikit ilmu yang ada dalam menghasilkan burger yang sedap.Beliau menjual pelbagai jenis burger ayam , daging dan ikan serta obolong dengan harga yang murah dan sedap.

Selain dari menjual pelbagai jenis  burger, beliau juga mempelbagaikan jenis menu dengan menjual bakso yang dihasilkan dengan rasa yang sangat sedap dan murah.Di samping itu, beliau juga menerima tempahan daripada kawan-kawan dan jiran-jiran dan juga dari sekitar kampung yang berdekatan untuk mengadakan majlis seperti kenduri kahwin,kesyukuran dan sambutan hari lahir.

En. Azan berharap produknya dapat menembusi pasaran ke luar kawasan kampung  dan seterusnya ke seluruh Pendang.Beliau ingin menjadikan burgernya sebagai burger viral untuk menarik minat pembeli. Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membina email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia.

Semua ahli Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempomosikan produk beliau. En Azran  juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.Selain itu, beliau juga ingin mempelajari cara menghasilkan video dan cara untuk mencantikkan  produk beliau di dalam facebook supaya dapat menarik minat para pengguna facebook untuk datang dan menikmati rasa burgernya di gerai beliau.Alhamdulillah setelah mempromosikan produk beliau ke dalam facebook dan portal My Shop beliau mendapat ramai pelanggan dari luar yang datang untuk menikmati burger dan bakso yang murah dan sedap.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini En Azran hanya menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya. Beliau hanya mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp,facebook, pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau merasakan perniagaannya boleh diperluaskan lagi pasarannya ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak hanya berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau mahu produk ini dikenali ramai dan mahu menghantar produk ini ke seluruh Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi kemahuan beliau yang ingin melihat produknya dikenali ke seluruh Malaysia, En Azran telah menyertai Latihan Keusahawanan iaitu kelas email, facebook, blog, laman web dan Microsoft Office. Beliau telah berjaya mempromosikan produknya di dalam  facebook sendiri dan memasukkan gambar produk dan penerangan mengenai produk ke dalam facebook tersebut. Beliau juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu modul My Shop yang digunakan oleh usahawan setempat untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia. Beliau telah berjaya memasukkan produk beliau ke dalam portal My Shop. Dengan adanya medium facebook dan portal My Shop produk En Azran lebih dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

 

 


3.Celik IT

Nama  : Muhammad Zulfadhli B Muhamad

Umur   : 21 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Muhammad Zulfadhli merupakan pelajar lepasan STPM dan beliau sedang mencari pekerjaan. Beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer dan ingin mengambil sijil komputer di Pusat Internet. Beliau berkunjung ke Pusat Internet dan petugas telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.

Kelas pertama yang diikuti oleh Muhammad Zulfadhli ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google. Muhammad Zulfadhli meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel, Publisher dan OneNote. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan dan di dalam Microsoft Excel beliau mempelajari cara untuk membuat formula arithmetic. Di dalam Microsoft Publisher pula beliau telah mempelajari cara untuk membuat kad ucapan sempena hari jadi dan membuat brochure. Kemudian dengan Microsoft OneNote beliau mempelajari cara membuat nota dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan secara di atas talian.

Muhammad Zulfadhli merasa terus bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu Windows Live Movie Maker dengan membangunkan videonya sendiri. Beliau dapat belajar tentang multimedia melalui kelas tersebut. Kelas seterusnya ialah Kelas Pembangunan Blog. Dengan kelas ini beliau dapat belajar cara membangunkan blog sendiri. Seterusnya beliau belajar cara mengedit photo dan animasi dengan Adobe Photoshop. Dan Adobe Illustrator pula beliau belajar membuat bentuk-bentuk mudah dan ringkas. Beliau telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop dan Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer dan Internet, Microsoft Office (Word, Power Point, Excel, Publisher, OneNote), Kelas  Windows Live Movie Maker, Kelas Pembangunan Blog, Kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, beliau tidak  mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Power Point, Excel, Publisher, OneNote), Windows Live Movie Maker, Blogger dan beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Illustrator untuk mengedit gambar, dan membuat animasi sendiri.