1. Usahawan Baju – Baju Terpakai (bundle).

Nama  :Normilani Binti Mohd Zin

Umur   : 41 Tahun

Ahli      : 2013

 

Latar belakang

Puan Milani merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bersama-sama dengan suaminya dengan menjual baju – baju terpakai (bundle).Beliau telah memulakan perniagaan pakaian terpakai atau bundle ini sejak tahun 2014 lagi.Pada mulanya, perniagaan pakaian terpakai Puan Milani lebih mensasarkan kepada golongan pembeli atau pelanggan pasar malam sekitar daerah Pendang tetapi apabila Puan Milani mula mendapat tapak tetap atau premis seperti kedai secara sewaan, perniagaan pasar malam telah beliau tinggalkan.

Kebetulan premis kedai pakaian terpakainya itu terletak di kawasan utama perniagaan Pekan Bukit Jenun seterusnya ia menjadi faktor terpenting melonjakkan keuntungan perniagaan yang beliau usahakan sehingga ke hari ini.Sedia maklum, pakaian terpakai yang Puan Milani niagakan atau jual kepada semua pelanggannya merupakan pakaian yang berjenama dan berkualiti tinggi.Oleh sebab kualiti pakaian terpakai yang di jual oleh Puan Milani maka pelanggan yang terdiri daripada penduduk Pekan Bukit Jenun kerap datang semula bagi membeli pakaian terpakai tersebut dari beliau.

Bercerita tentang penggunaan media sosial sebagai salah satu medium untuk memasarkan atau menjual pakaian terpakai dari kedainya, Puan Milani lebih mesra atau senang menggunakan aplikasi Facebook dan What Apps dan penglibatan Pusat Internet Pekan Bukit Jenun tidak jemu-jemu memberikan khidmat konsultansi berterusan dari semasa ke semasa dan secara kebetulan pula, rumah Puan Milani terletak berdekatan  dengan Pusat Internet Pekan Bukit Jenun.

Beliau menyunjungi Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu pemasaran dan ilmu tentang bidang perniagaan secara di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membuat email, facebook dan memasukkan produk beliau ke dalam Portal My Shop. Portal My Shop merupakan tapak atau medium bagi usahawan kecil yang ingin mempromosikan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia. Semua pengguna Pusat Internet dari seluruh Malaysia dapat melihat semua produk-produk yang telah dimuatnaik ke dalam portal tersebut. Beliau juga telah mengikuti kelas asas penghasilan blog dan laman web bagi mempromosikan produk beliau. Puan Milani  juga mengikuti kelas Microft Office Word, PowerPoint dan Excel bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan beliau.

Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan portal My Shop permintaan baju-baju terpakai beliau mendapat sambutan tinggi dan beliau sangat gembira dengan adanya platform sosial media ianya dapat membantu mengembangkan pemasaran produk usahawan di luar bandar. Kini beliau, bersemangat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan keusahawanan dan juga kelas asas lain, Puan Milani hanya mempromosikan produk pakaian terpakainnya dengan mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp, pesanan mulut, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau ingin melihat baju terpakainya mendapat perhatian daripada semua rakyat Malaysia. Tetapi perniagaan beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan di kawasan yang terdekat sahaja. Beliau harus berusaha dengan lebih keras untuk mengembangkan perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi permintaan, Puan Milani telah mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan bagi menambahkan ilmu dalam pemasaran produk pakaian terpakai beliau. Beliau juga telah mengikuti kelas email, facebook, microsoft office, asas blog dan website bagi menambahkan ilmu pemasaran. Beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook sendiri bagi mempromosikan produknya. Beliau juga telah berjaya mempromosikan produk beliau dengan dashboard komuniti. Beliau telah dibimbing oleh petugas untuk memasukkan gambar produk dan maklumat produk ke dalam portal My Shop. Portal My Shop ini digunakan oleh usahawan di bawah bimbingan PI untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna PI di seluruh Malaysia. Setelah menggunakan facebook dan My Shop untuk mempromosikan produk, sambutan yang sangat tinggi dan sekaligus dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya bagi menampung perbelanjaan kehidupan seharian.

 


2. Usahawan Produk Kesihatan Shaklee.

Nama  :Nur Hidayah Binti Kamis

Umur   : 21 Tahun

Ahli      : 2020

 

Latar belakang

Nur Hidayah merupakan pekerja swasta di syarikat Dinxings (M) Sdn Bhd sebagai keranai akaun dan menjadi agen sah menjual produk kesihatan Shaklee. Beliau juga menjadi agen kepada Sabun Miss V Manjakani (SMVM) dan Ayaq World bagi menambahkan pendapatan bulanan.

Pada mulanya beliau menjual produk kesihatan Shaklee, SMVM dan Ayaq World kepada kenalan rapat, rakan-rakan dan jiran tetangga sahaja. Namun setelah mendapat maklum balas yang positif tentang keberkesanan penggunaan produk Shaklee daripada rakan-rakan, produk ini telah menjadi bualan ramai untuk mencantikkan kulit dan menambahkan kesihatan diri. Pelanggannya makin bertambah dari hari ke hari. Namun beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau ingin memasarkan produk kesihatan Shaklee ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya semua masyarakat tahu tentang kelebihan produk ini.

Bagi memenuhi cita-cita Nur Hidayah untuk memasarkan produk Shaklee, SMVM dan Ayaq World ke peringkat yang lebih tinggi, beliau telah mengikuti Latihan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kelas-kelas yang telah dihadiri oleh Nur Hidayah ialah kelas Email, Facebook, Asas Pembangunan Blog, Laman Web dan Microsoft Office. Beliau mengikuti kelas-kelas ini bagi memahirkan diri dengan komputer dan meningkatkan promosi bagi produk-produknya. Nur Hidayah juga telah diperkenalkan dengan aplikasi My Shop yang menjadi medium usahawan tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka ke seluruh Malaysia. Setelah berjaya mempromosikan produk-produknya di dalam Facebook dan My Shop, tempahan produk Shaklee, SMVM dan Ayaq World meningkat dua kali ganda dan pendapatan bulanan semakin bertambah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Hidayah hanya menerima tempahan daripada rakan-rakan dan jiran-jiran melalui panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja. Nur Hidayah ingin memasarkan produk-produknya dengan lebih mudah, cepat dan menjimatkan dan perlu menambahkan ilmu pemasaran produk di atas talian dengan petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Hidayah telah mengikuti kelas membuat akaun Email dan Facebook bagi memasarkan produknya di atas talian. Dia telah berjaya memasukkan gambar dan segala maklumat tentang produknya ke dalam Facebook. Selain itu, dia telah berjaya mempromosikan produknya ke dalam aplikasi My Shop. Setelah di perkenalkan di facebook produk kesihatan Shaklee, SMVM, Ayaq World telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

 hidayah2hidayah3


3. Celik IT

Nama  :Siti Udaymatunnur Binti Shahrul Nizam

Umur   : 18 Tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Siti Udaymatunnur merupakan pelajar lepasan SPM dan sedang menunggu tawaran belajar di universiti tempatan. Dia ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer dan ingin mengambil sijil komputer di Pusat Internet. Dia berkunjung ke Pusat Internet dan petugas telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Dia mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantunya memahirkan diri di dalam bidang komputer.

Kelas pertama yang diikuti oleh Siti Udaymatunnur ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini dia juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google. Siti Udaymatunnur meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel, Publisher dan OneNote. Di dalam kelas ini dia telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula dia mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan dan di dalam Microsoft Excel dia mempelajari cara untuk membuat formula arithmetic. Di dalam Microsoft Publisher pula dia telah mempelajari cara untuk membuat kad ucapan sempena hari jadi dan membuat brochure. Kemudian dengan Microsoft OneNote dia mempelajari cara membuat nota dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan secara di atas talian.

Siti Udaymatunnur merasa bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu Windows Live Movie Maker dengan membangunkan videonya sendiri. Dia dapat belajar tentang multimedia melalui kelas tersebut. Kelas seterusnya ialah Kelas Pembangunan Blog. Dengan kelas ini dia dapat belajar cara membangunkan blog sendiri. Seterusnya dia belajar cara mengedit photo dan animasi dengan Adobe Photoshop. Dan Adobe Illustrator pula dia belajar membuat bentuk-bentuk mudah dan ringkas. Siti Udaymatunnur telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop dan Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer dan Internet, Microsoft Office (Word, Power Point, Excel, Publisher, OneNote), Kelas  Windows Live Movie Maker, Kelas Pembangunan Blog, Kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Siti Udaymatunnur tidak  mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, Siti Udaymatunnur telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Power Point, Excel, Publisher, OneNote), Windows Live Movie Maker, Blogger dan beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Illustrator untuk mengedit gambar, dan membuat animasi sendiri.