1. Usahawan Baju Dewasa Dan Kanak-kanak.

Nama  :Suriati Binti Mohamad

Umur   : 42 Tahun

Ahli      : 2020

 

Latar belakang

Puan Suriati merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan online dengan menjual produk kecantikkan.Beliau ingin membantu suaminya untuk menambah pendapatan sampingan. Selain menjual produk kecantikkan beliau mempelbagaikan hasil jualannya dengan menjual pakaian.Beliau merasakan perniagaan ini boleh berkembang dengan lebih maju dengan bantuan internet. Tetapi beliau tidak mengtahui caranya. Setelah kawan karibnya  memberitahu beliau bahawa Pusat Internet menyediakan bengkel perniagaan di atas talian beliau terus mengunjung ke Pusat Internet untuk mendaftar sebagai ahli dan kemudian menyertai kursus tersebut.

Beliau telah menyertai kelas membuat email, facebook dan kelas-kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet sebagai tapak memasarkan produk beliau.Pusat Internet juga telah menganjurkan pertandingan usahawan online dan Puan Suriati menyertainya bagi menambah ilmu dalam plartform online (shopee).Beliau memasarkan produknya di dalam shoope dan facebook .Setelah memasukkan produk ke dalam facebook dan shoope produk beliau mendapat sambutan yang lagi menggalakkan dan mendapat tempahan dari luar kawasan Kedah seperti Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Alhamdulillah dengan bantuan Pusat Internet produk beliau dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan keusahawanan dan juga kelas asas lain, Puan Suriati hanya mempromosikan produknya dengan mengambil tempahan melalui aplikasi WhatsApp dan  pesanan mulut sahaja. Beliau tidak berpuas hati setakat ini sahaja. Beliau ingin melihat produknya mendapat perhatian daripada semua rakyat Malaysia. Tetapi perniagaan beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan di kawasan yang terdekat sahaja. Beliau harus berusaha dengan lebih keras untuk mengembangkan perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi impian dan cita-citanya, Puan Suriati telah mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan bagi menambahkan ilmu dalam pemasaran produk beliau. Beliau juga telah mengikuti kelas email, facebook dan microsoft office bagi menambahkan ilmu pemasaran. Beliau telah berjaya mempunyai akaun facebook sendiri bagi mempromosikan produknya.Beliau juga telah berjaya mempromosikan produk beliau di dalam akuan shopee. Beliau telah dibimbing oleh petugas untuk memasukkan gambar produk dan maklumat produk ke dalam akaun shopee.Setelah menggunakan facebook dan shopee untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dari luar negeri dan dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya bagi menampung perbelanjaan kehidupan seharian.

 


2. Usahawan Bantal Leyna.

Nama  :Masriah Binti Wahab

Umur   : 39 Tahun

Ahli      : 2020

 

Latar belakang

Puan Masriah merupakan seorang suri rumah yang ingin mencari rezeki untuk membantu menambah pendapatan keluarganya. Pn Masriah memulakan perniagaan dengan menjual bantal Leyna di kawasan sekitar rumahnya dan melalui kenalan telefon. Belian amat meminati bidang perniagaan dan bersungguh-sungguh mencari rezeki di samping menjaga anak-anaknya di rumah.  Bermula hanya sebagai dropship, beliau menjual kepada  rakan-rakan dan penduduk sekitar taman perumahanannya. Pelbagai jenis saiz bantal Leyna dijual dan sangat berkualiti berpatutan dengan harga.

Pn Masriah sedar akan penjualan secara atas talian sangat membantu melariskan dan meluaskan pasaran produk beliau. Dengan itu, beliau mengambil inisiatif untuk mencari ilmu di Pusat Internet bagi mempelajari cara perniagaan secara atas talian bagi menambah jualan yang tidak hanya tertumpu pada kawasan sekitar.Pn Masriah telah menyertai kelas yang diadakan oleh Pusat Internet  bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan membina email, facebook dan akaun Shopee serta memasukkan produk beliau ke dalam aplikasi tersebut. Selain itu juga, Pn Masriah juga mempelajari cara perbankan atas talian bagi memudahkan urusan jual beli di alam maya. Dengan ini, Pn Masriah berharap produknya akan mendapat liputan yang lebih luas dan mampu dibeli oleh pembeli di serata Malaysia.

Kini, Pn Masriah merupakan agent dan mempunyai anak buah untuk menjual produknya. Berkat hasil jualan secara atas talian, beliau dapat menambah pendapatan dan untung jualan lebih. Beliau juga mampu untuk memantau keluar masuk duit secara atas talian dengan lebih mudah dan efektif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Pn Masriah hanya menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya  melalui aplikasi WhatsApp,facebook, pesanan mulut orang ramai, panggilan telefon dan pesanan SMS sahaja.Perniagaannya lebih kepada skop kawasan sekitar atau kenalan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi keiniginan beliau untuk meluaskan pasaran produknya,Pn Masriah telah menyertai Latihan Keusahawanan iaitu kelas email, facebook, blog, laman web dan Microsoft Office. Beliau telah berjaya mempromosikan produknya di dalam facebook dan juga telah diperkenalkan dengan aplikasi Shopee untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh Malaysia. Dengan adanya medium facebook dan aplikasi Shopee Pn Masriah lebih dikenali ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dari pelbagai kawasan.

 


3. Celik IT

Nama  :Akif Danial Bin Hafizul Amri

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2018

 

Latar belakang

Akif merupakan pelajar sekolah rendah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer bagi memudahkannya untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Dia berkunjung ke Pusat Internet untuk mendaftar sebagai ahli dan sekaligus  mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Kelas pertama yang diikuti oleh Akif ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google.Beliau meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel, Publisher dan OneNote. Di dalam kelas ini, beliau  telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word.Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan dan di dalam Microsoft Excel Akif  mempelajari cara untuk membuat formula arithmetic. Di dalam Microsoft Publisher pula Akif telah mempelajari cara untuk membuat kad ucapan sempena hari jadi dan membuat brochure. Kemudian dengan Microsoft OneNote Akif mempelajari cara membuat nota dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan secara di atas talian.

 Akif merasa bersemangat untuk meneruskan kelas seterusnya iaitu Windows Live Movie Maker dengan membangunkan videonya sendiri.Beliau dapat belajar tentang multimedia melalui kelas tersebut.Seterusnya beliau belajar cara mengedit photo dan animasi dengan Adobe Photoshop. Dan Adobe Illustrator pula beliau belajar cara  membuat bentuk-bentuk mudah dan ringkas.Akif Danial telah diberikan latihan oleh petugas bagi memantapkan lagi cara menggunakan Adobe Photoshop dan Illustrator.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer dan Internet, Microsoft Office (Word, Power Point, Excel, Publisher, OneNote), Kelas  Windows Live Movie Maker, Kelas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Akif tidak  mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, Akif telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Power Point, Excel, Publisher, OneNote), Windows Live Movie Maker dan beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Illustrator untuk mengedit gambar, dan membuat animasi sendiri.