1. Usahawan Tanaman Pokok Hiasan.

Nama  :Zaiton binti Bahari

Umur   : 58 Tahun

Ahli      : 2018

 

Latar belakang

Puan Zaiton merupakan seorang suri rumah yang ingin berniaga secara sambilan sebagai untuk mencari pendapatan sampingan menjual hasil hobinya iaitu tanaman pokok perhiasan, pokok ati-ati. Beliau meminati pokok perhiasan dan ingin menjadikan itu sebagai satu produk jualannya. Beliau telah menjual atau mempromosi tanaman pokok ati-ati itu melalui Facebook dan Whatsapp.Walaupun begitu, Pn Zaiton sedar akan penjualan secara atas talian sangat membantu memasarkan produk beliau dengan cara yang mudah. Dengan itu, beliau mengambil inisiatif untuk mencari dan menambah ilmu di Pusat Internet bagi mempelajari cara perniagaan secara atas talian dengan lebih dalam menggunakan platform perniagaan yang betul di Facebook.

Pn Zaiton telah menyertai kelas yang diadakan oleh Pusat Internet  bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan Keusahawanan dengan mempelajari cara mempromosikan produk atau tanamannya di Market Place yang disediakan Facebook untuk peniaga atas talian. Selain itu juga, Pn Zaiton juga dibimbing petugas pusat internet tentang langkah untuk menambahbaik iklan menggunakan Market Place dan sistem pembayaran yang dikenakan Facebook. Dengan ini, Pn Zaiton berharap produknya akan mendapat liputan yang lebih luas terhadap pengguna Facebook.Kini, Pn Zaiton mampu untuk menjual produk tanamannya. Berkat hasil jualan secara atas talian yang lebih sistematik, beliau dapat menambah pendapatan sampingan sambil menikmati hobinya yang suka menanam pokok perhiasan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Pn Zaiton hanya menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya  melalui aplikasi WhatsApp dan status di Facebook. Perniagaannya lebih kepada skop kawasan sekitar atau kenalan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi keiniginan beliau untuk meluaskan pasaran produknya,Pn Zaiton telah menyertai Latihan Keusahawanan iaitu kelas Market Place di Facebook. Beliau telah berjaya mempromosikan produknya di dalam facebook dan menggunakan Market Place. Dengan adanya medium Market Place di Facebook tanaman pokoknya lebih dikenali ramai dari pelbagai kawasan.


 

2. Usahawan Tanaman.

Nama  : Siti Shafinar binti Umar

Umur   : 32 Tahun

Ahli      : 2014

 

Latar belakang

Puan Shafinar merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual produk seperti limau dan daun limau purut. Beliau menjual hasil tanaman yang terdapat di rumahnya. Beliau berhasrat untuk menambah pendapatan keluarganya bagi menampung perbelanjaan seharian.

Beliau merasakan perniagaan ini boleh dijalankan dengan mudah tanpa modal yang besar dengan bantuan internet. Tetapi beliau tidak mahir menggunakan internet. Oleh sebab itu, beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar dan menuntut ilmu berkenaan internet. Beliau berkunjung ke Pusat Internet dan  mendapatkan bantuan petugas untuk menghadiri kelas yang disediakan Pusat Internet bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan secara atas talian tersebut..

Antara kelas yang beliau hadiri ialah kelas membuat iklan di facebook sebagai asas bagi permulaan untuk memasarkan perniagaanya. Selain itu Pusat Internet juga telah mengadakan kelas usahawan secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee sebagai tambahan bagi membantu beliau untuk mempromosi jualannya. Hal ini demikian akan menambah liputan atau lebih pelanggan tidak terhad kepada kenalan sahaja. Setelah memasukkan dan memasarkan produk ke dalam facebook dan shopee produk beliau tempahan. Dengan bantuan Pusat Internet beliau dapat menjalankan perniagaan secara atas talian yang lebih mudah dan efisien.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri latihan keusahawanan, Puan Shafinar hanya memasarkan produknya melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Beliau ingin mengembangkan perniagaannya dan mendapat perhatian lebih ramai lagi. Tetapi perniagaan beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan kepada kenalan terdekat sahaja. Beliau harus berusaha mencari ilmu untuk mengembangkan pasaran perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi cita-citanya, Puan Shafinar telah mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan seperti kelas facebook dan asas penjualan di platform shopee dan microsoft office bagi menambahkan ilmu pemasaran produknya. Beliau telah berjaya mempromosikan produknya di facebook dan juga shopee. Setelah menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dan dapat menambahkan lagi pendapatannya.


 3. Celik IT

Nama  :Muhammad Suhairi Bin Suhaimee

Umur   :22 Tahun

Ahli      :2018

 

Latar belakang

Suhairi merupakan pelajar institusi pengajian tinggi di university awam. Beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan internet bagi memudahkannya untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan juga menghadiri kelas secara atas talian memandangkan seluruh negara sedang berhadapan dengan wabak Covid 19 Hal ini demikian telah menyebabkan rata-rata pelajar terpaksa menghadiri kelas dan membuat tugasan secara atas talian sahaja. Dia berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Kelas pertama yang diikuti oleh Suhairi ialah Kelas Asas Penggunaan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk menggunakan aplikasi Google Meet untuk menghadiri kuliah. Hal ini kerana, sesi pembelajaran bagi pelajar universiti seluruh negara diadakan secara alam maya bagi mengelakkan penyebaran wabak virus Covid 19. Oleh sebab itu, Suhairi perlu mahir menggunakan aplikasi Google Meet demi meneruskan pengajiannya. Suhairi telah dibimbing oleh petugas Pusat Internet dengan menggunakan emel beliau sedia ada dan log masuk ke dalam Google Meet. Beliau jugak diajar fungsi icon atau button yang terdapat dalam Google Meet tersebut seperti chatbox, mute suara, mute video dan setting.

Selain itu, Suhairi juga dibimbing menggunakan Microsoft Team sebagai aplikasi tambahan untuk beliau hadiri kuliah online. Hal ini kerana, Microsoft team juga merupakan salah satu aplikasi yang digunakan pensyarah beliau untuk mengadakan kuliah. Walaupun aplikasi ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu untuk tujuan bersemuka secara alam maya, terdapat sedikit perbezaan bagi icon atau button.Di samping mempelajari aplikasi untuk menghadiri kuliah, Suhairi juga mempelajari penggunaan Google Drive. Tugasan yang diberikan pensyarah beliau, banyak menggunakan Google drive sama ada untuk menghantar tugasan yang dan siap atau memuat turun soalan tugasan yang diberikan. Antara perkara yang dibimbing petugas ialah, cara untuk menghantar dokumen bentuk Microsoft Word atau Pdf ke dalam link atau pautan Google Drive yang diberikan pensyarah dan cara memuat turun dokumen yang dikongsi dalam drive tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Penggunaan Internet (Google drive dan Google Meet, Suhairi kurang mahir menggunakan aplikasi Goole drive dan Google meet untuk menghadiri kuliah dan melaksanakan tugasan secara maya.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas Penggunaan Internet (Google drive dan Google Meet), Suhairi telah mahir menggunakan aplikasi Google drive, dan google meet. Beliau juga telah mempunyai asas untuk menggunakan aplikasi Microsoft team sebagai aplikasi tambahan untuk kelas onlinenya.