1. Usahawan Cctv dan Wearing Service.

Nama  :Mohd hanif bin abd mutalib @man

Umur   : 30 Tahun

Ahli      : 2021

 

Latar belakang

Mohd Hanif merupakan seorang ketua keluarga yang menjalankan perniagaan pemasangan cctv dan pendawaian elektrik serta baikpulih cctv dan pendawaian elektrik.

Beliau merasakan perniagaan ini boleh dijalankan dengan mudah tanpa modal yang besar dengan bantuan internet. Tetapi beliau tidak mahir menggunakan internet. Oleh sebab itu, beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar dan menuntut ilmu berkenaan internet. Beliau berkunjung ke Pusat Internet dan  mendapatkan bantuan petugas untuk menghadiri kelas yang disediakan Pusat Internet bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan secara atas talian tersebut..

Antara kelas yang beliau hadiri ialah kelas membuat iklan di page facebook sebagai asas bagi permulaan untuk memasarkan perniagaanya.Dengan ini dapat  menambah liputan atau lebih pelanggan tidak terhad kepada kenalan sahaja. Setelah memasukkan dan memasarkan produk ke dalam facebook beliau memdapat lebih bnayak tempahan. Dengan bantuan Pusat Internet beliau dapat menjalankan perniagaan secara atas talian yang lebih mudah dan efisien.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri latihan keusahawanan, Mohd Hanif hanya memasarkan produknya melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Beliau ingin mengembangkan perniagaannya dan mendapat perhatian lebih ramai lagi. Tetapi perniagaan beliau selama ini terbatas dan hanya menumpukan kepada kenalan terdekat sahaja. Beliau harus berusaha mencari ilmu untuk mengembangkan pasaran perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi memenuhi cita-citanya, Mohd Hanif telah mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Pekan Bukit Jenun. Beliau telah mengikuti latihan keusahawanan seperti kelas facebook dan microsoft office bagi menambahkan ilmu pemasaran produknya. Beliau telah berjaya mempromosikan produknya di facebook. Setelah menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk, beliau telah banyak menerima tempahan dan dapat menambahkan lagi pendapatannya.