Pusat Ekonomi Digital yang tersergam indah ini terletak  di pekan kecil Bukit Jenun kira-kira 5 kilometer dari Pekan Pendang, bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Bukit Jenun dan di hadapannya adalah Dewan Orang Ramai Bukit Jenun.Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun merupakan fasa yang ke – 4.Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun telah dibuka secara rasmi pada 28 Disember  2013 dan telah dirasmikan oleh TUAN HAJI MOKHTAR BIN HAJI ABDUL RASHID selaku Penghulu Mukim Ayer Puteh . Selain itu, pada hari perasmian itu juga telah berlangsungnya Hari Bersama Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun dimana petugas diberi tugas untuk memperkenalkan lebih dekat kepada komuniti apa itu Pusat Ekonomi Digital. 

         Kemudahan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun ialah 20 buah komputer dimana 10 buah dikhususkan untuk latihan komputer dan 10 lagi disediakan untuk kemudahan penduduk setempat melayari internet dan melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan komputer. Selain itu, untuk makluman semua, Pusat Ekonomi Digital membantu usahawan-usahawan kecil dengan menyediakan kelas untuk memperkenalkan perniagaan mereka dengan lebih meluas di dalam semua platform. Sebuah bilik latihan disediakan untuk aktiviti pembelajaran komputer yang akan diseliakan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital.Pusat Ekonomi Digital ini telah diwujudkan diseluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.Sebagai persediaan kearah tersebut, setiap Pusat Ekonomi Digital diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan dimana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat itu merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia,  kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

         Dimasa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut: e-perniagaan(usahawan kecil),e-perkhidmatan kerajaan(e-government), e-pembelajaran(e-Learning), pengumpulan dan pertukaran maklumat,  pusat komunikasi, pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian, dan pusat peperiksaan dan persijilan.Dikawasan Pusat Ekonomi Digital ini terdapat juga pelbagai kemudahan dan infrastruktur antaranya bekalan air dan elektrik, jalan raya, perkhidmatan pengangkutan awam, masjid, sekolah-sekolah, klinik desa, balai polis, kedai-kedai runcit dan sebagainya.

 

   Gambar 1: Kaunter Pendaftaran Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun

Gambar 2: Kemudahan komputer yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun

Gambar 3: Bilik latihan di Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun