SEJARAH  KAMPUNG BUKIT JENUN

SUMBER  RUJUKAN

Bukit junun terletak di kawasan yang agak terpencil ,iaitu lebih kurang tiga puluh dua kilometer ke selatan Bandar alor setar.Bukit junun dikelilingi oleh bukit-bukit kecil da nada setengah dari bukit ini masih berhutan tebal sehingga sekarang.Setengah dari kawasan-kawasan di tempat yang agak rendah telah diterokai dan ditanam dengan pokok getah.Di kawasan yang lebih rendah dan berpaya ditanam dengan padi.Di kawasan yang lebih rendah dan berpaya di tanam dengan padi.Di kawasan ini terdapat dua jenis tanaman utama,iaitu padi dan getah.Padi ditanam di sebelah baratnya dan getah pula ditanam di sebelah timurnya.

Sebelum perang dunia kedua,hubungan diantara masyarakat melayu dengan cina adalah baik.Orang cina yang pergi ke kampung-kampung bukan sahaja untuk menjalankan perniagaan malah ada juga yang kenal rapat dengan orang melayu hingga turut menghadiri majlis-majlis social.Di sebaliknya pula jika sekiranya ada orang cina yang mendapat kesusahan,orang melayu akan memberi pertolongan seberapa yang boleh.Keadaan seperti ini berbeza dengan orang cina yang tinggal dikampung ubi.Kewujudan keadaan seperti ini menyebabkan orang melayu merasa tidak begitu senang dengan masyarakat disitu terutamanya setelah tentera jepun keluar dari tanah melayu.Pada zaman jepun,mereka lebih merupakan setinggan dan kegiatan mereka mencurigakan masyarakat melayu.Mereka dikatakan telah menolong gerila MPAJA yang bergerak di hutan bagi menentang tentera Jepun dengan memberi bantuan makanan,ubat,maklumat dan apa sahaja yang diperlukan oleh gerila komunis.

Apabila tentera british kembali ke tanah melayu dan semasa gerila komunis giat menjalankan peperangan secara gerila di hutan-hutan,penduduk kampung ubi ini berterusan memberi bantuan kepada gerila komunis.Bahkan kegiatan mereka dipercayai menjadi lebih agresif dari dahulu kerana hampir kesemua daripada mereka boleh dikatakan menerima dasar perjuangan pihak komunis didalam menentang British.Hakikat ini terbukti apabila terdapat kubu-kubu yang dibina untuk pertahanan komunis (Bintang Tiga)dan kubu-kubu ini dibuat begitu kukuh sekali iaitu menggunakan batu-bata.Ini mungkin kerana sudah terdapat rancangan daripada penduduk disini hendak menjadikan kawasan itu sebagai pusat bagi pergerakan gerila komunis.Tetapi dalam hal ini,masyarakat cina di pekan jenun tidak terbabit.

Komunis buat pertama kalinya selepas kedatangan semula British, telah menyerang Kampung Baloh dan telah membunuh ketua kampungnya,Hanafiah bin omar.Pembunuhan ini dilakukan kerana penghulu atau ketua kampung itu tidak mahu bekerjasama dengan PKM yang pada masa itu berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk kampung.Sebaliknya orang kampung disini yang dibawah ketua kampung telah memberi kerjasama kepada pemerintah british.Kerjasama yang mereka berikan itu merupakan maklumat-maklumat tentang gerakan Komunis di kawasan itu.Keganasan PKM tidak terhenti setakat itu sahaja malah mereka terus mencari sokongan dan kerjasama daripada penduduk di kampung-kampung di bukit jenun.Tetapi orang melayu disini tidak pernah memberi kerjasama kepada PKM.

Pada 1 januari 1951,pembunuhan yang kedua telah berlaku di Kampung Paya Mak Inson .Ketua kampungnya,Kasim bin Awang telah ditembak mati oleh pengganas Komunis di rumahnya.Kasim dikatakan enggan bekerjasama dengan komunis.Mayat Kasim telah dibawa oleh komunis dan diletakkan didalam belukar berhampiran dengan jalan raya yang tidak jauh dari rumahnya.Pada keesokan pagi,orang kampung bersama beberapa orang polis telah pergi mengambil mayat itu.Semasa orang-orang kampung dan polis cuba mengambil mayat itu,mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis.Dalam serang hendap ini,lebih kurang empat belas orang kampung dan polis telah terbunuh.Daripada empat belas orang itu,dua adalah anggota polis,dan dua belas yang lain itu ialah orang kampung itu sendiri,termasuk tiga orang daripadanya keluarga Kasim sendiri.

Setelah beberapa hari berlakunya peristiwa ini,beberapa orang cina di Pekan Jenun telah mengutip derma dan memberikannya kepada keluarga-keluarga yang menjadi mangsa serangan komunis itu,terutamanya keluarga Kasim sebagai tanda simpati.Berikutan peristiwa ini,kawalan kampung telah diperketatkan terutama pada waktu malam.Perasaan benci orang melayu terhadap komunis memuncak sekali dan kebencian itu turut membabitkan juga penduduk cina yang tinggal di kampung ubi,kerana orang kampung menyedari bahawa ramai daripada mereka telah menjadi anggota PKM.

Selepas menyerang dua kampung itu,Komunis meneruskan tindakan mereka di kampung lain pula.Selang beberapa bulan,iaitu pada bulan Mac 1951,Komunis telah menyerang kampung Manggol yang terletak bertentangan dengan kampung ubi.Dalam serangan ini,mereka ingin membunuh dua orang yang dipercayai ada hubungan rapat dengan pemerintah british ,iaitu Haji Seman dan Yaakob bin Lebai Noh(ketua pengawal kampung di kampung Manggol).Serangan ke atas kampung Manggol ini menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Bukit Jenun.

Pada 9 Mac 1951,waktu petang (hampir malam)pengganas cuba menembak Awang Desa bin Yaakob.Kemudiannya Komunis telah melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran .Tembakan itu tidak terkena pada sasarannya,dan Awang Desa sempat melarikan dirinya dan memberitahu pihak polis di situ.Pihak polis tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana hari telah malam.Kemudiannya lebih kurang pukul sepuluh malam,gerila Komunis telah menyerang Kampung Manggol.Pada mulanya,Komunis telah menembak rumah Haji Seman bin Ismail kerana beliau telah bekerjasama dengan pihak british.Tembakan itu tidak dapat membunuh Haji Seman,dan pada masa itu ,Yaakob bin Noh dan beberapa orang lagi yang kebetulan pada malam itu bertugas mengawal Kampung Manggol telah membalas tembakan itu.Kemudiannya orang kampung yang mempunyai senapang telah keluar untuk menolong pengawal-pengawal itu.Dalam berbalas-balas tembakan itu,orang lain yang menyedari hal itu telah memukul gendang dan ada yang meniup tetuang(dibuat daripada tanduk kerbau)sebagai isyarat bahawa kampung itu memerlukan bantuan.Bila terdengartetuang dan gendang itu,orang yang dari kampung berhampiran turut memukul gendang.Pengganas Komunis yang telah berbalas tembakan it uterus melarikan diri menuju hutanyang berhampiran dengan kampung Ubi apabila terdengar pukulan gendang tersebut.

Apa yang nyata selepas peristiwa ini,cita-cita komunis untuk bertapak di sekitar kawasan hutan disitu menemui kegagalan.Kawasan ini sangat sesuai untuk komunis bergerak kerana kawasan bukit jenun letaknya terpencil dan pada masa itu tidak ada sistem perhubungan yang baik untuk membolehkan pihak keselamatan untuk mengesan dan menyerang kedudukan mereka.Selepas peristiwa itu,Komunis telah meninggalkan kawasan hutan disitu dan tidak ada lagi serangan-serangan yang dilakukan ke atas orang kampung dan keadaan kembali aman seperti biasa.   

SEJARAH KAMPUNG BUKIT JENUN

SUMBER LISAN

Junun dalam Bahasa Arab bermaksud “Gila” manakala Bahasa Siam pula mendefinasikan Junun ialah “cempedak”. Begitulah erti yang ditakrifkan dalam dua bahasa tersebut.Dulunya kampung ini dikenali sebagai Kampung Bukit Junun.Nama yang dulunya Junun telah ditukarkan kepada jenun yang dikenali sebagai KAMPUNG BUKIT JENUN. Namun ada lagi bangunan yang masih mengekalkan nama “junun” iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Bukit Jenun yang boleh juga dijadikan bukti bahawa wujudnya perkataan Junun itu pada masa dahulu. Mengikut cerita daripada salah seorang penduduk kampung Bukit Jenun,dahulunya kawasan tersebut merupakan kawasan asal komunis. Di penempatan tersebut, penduduk asal terbahagi kapada 2 kaum iaitu kaum melayu dan kaum cina. Ada segelintir yang terdiri daripada kaum cina merupakan dalang kepada komunis. Kebanyakan kaum cina iaitu penduduk asal kampung itu tinggal di kawasan hutan ubi. Pada masa yang sama hutan ubi juga merupakan tempat persembunyian komunis. Penduduk-penduduk tempatan tidak mengetahui akan kehadiran komunis yang bersembunyi di hutan ubi dan ingin membuat kekacauan di situ.Pada suatu hari, seorang daripada kaum melayu telah dibunuh oleh komunis. Orang-orang melayu yang berada di kawasan tersebut mengesyaki orang cina di kawasan hutan ubi yang membunuh orang melayu itu. Ekoran daripada insiden itu,tercetusnya perang diantara orang melayu dan orang cina yang dikenali sebagai “Perang Hutan Ubi”. Kesan daripada perang tersebut ,kawasan itu diisytiharkan sebagai darurat dan menyebabkan komunis melarikan diri ke Padang Lembu.