Tarikh : 08 November 2023 Masa :0300 Petang - 0400 petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun Peserta :7 orang |
Tujuan
Tujuan bagi membantu peserta menjawab kuiz KDB
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam menjawab kuiz KDB iaitu Jenayah Siber. Peserta menjawab soalan yang dikemukan didalam kuiz tersebut yang berkaitan tajuk diberikan. Kuiz ini dapat memberikan pengetahuan serta dapat menambahkan ilmu kepada peserta terutama sekali kepada yang masih remaja.
Tarikh : 07 November 2023 Masa :1000 Pagi - 1100 pagi Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun Peserta :1 orang |
Tujuan
Tujuan menyediakan kelas ICT iaitu penggunaan internet kepada pengguna
- Aktiviti
Petugas membantu peserta dalam membuat pendaftaran IDme didalam web idme. diamana IdMe ini adalah laman web untuk pendaftaran pelajar tahun satu yang akan belajar pada tahun depan.
Tarikh : 05 November 2023 Masa :0300 Ptg - 0500 Ptg Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun Peserta :1 orang |
Tujuan
Tujuan menyediakan kelas Multimedia yang mudah untuk peserta kanak-kanak yang sangat meminati animasi.
- Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana cara untuk mencipta animasi dalam canva. Pertugas memberi pendedahan dalam aplikasi canva dimana aplikasi ini sangat mudah digunakan untuk menghasilkan animasi atau sebagainya. Peserta berasa teruja apabila dapat mengerakkan animasi didalam tugasnya. Dengan menggunakan beberapa tool yang telah disediakan didalam canva, dapatlah membantu memberi penlajaran yang menyeronokkan kepada peserta.
Tarikh : 06 November 2023 Masa :0300 Ptg - 0500 Ptg Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun Peserta :30 orang |
Tujuan
Tujuan menyediakan kelas KDB untuk komuniti
- Aktiviti
Petugas memberi pendedahan kepada komuniti tentang KDB bertajuk Awas Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian.
Tarikh : 04 November 2023 Masa :0300 Ptg - 0500 Ptg Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun Peserta :10 orang |
Tujuan
Tujuan menyediakan kelas stem/ IOT mencipta keseronokan dengan membuat eksperimen yang diberi nama seperti Build your own Building,Popsicle Stick Catapult dan Easy Spinning Paper Craft
- Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam Stem/ IOT itu. Dimulakan dengan eksperimen Build your own Building iaitu Aktiviti ini adalah bagaimana para peserta membina satu binaan yang menggunakan beberapa batang stik dan juga tanah liat sebagai penyambung. Popsicle Stick Catapult adalah aktiviti dimana peserta perlu menggunakan batang ais krim,sudu dn juga getah. dan kemudian Easy Spinning Paper Craft iaitu peserta perlu menggunakan kertas keras kemudian diletakkan diatas beberapa batang aiskrim dan meniupnya agar berpusing. Aktiviti ini antara dapat membantu peserta menggunakan kreativiti dari segi pemikiran mereka bagaimana untuk membina serta merta mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih banyak.