Tarikh :16 Ogos 2021 Masa :10.00 am - 12.00 pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara mengemaskini laman web SPA yang baru.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan SPA9.Petugas juga, menerangkan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam laman web tersebut dan sekaligus menerangkan cara untuk memohon pekerjaan di dalam laman web tersebut.
Tarikh :11 Ogos 2021 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar usahawan cara untuk mengambil gambar produk.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah petugas memberi tunjuk ajar cara mengambil sudut - sudut gambar yang cantik dan cara memasukkan watermark produk usahawan supaya produk usahawan tidak di copyright oleh pihak lain.
Tarikh :24 Mei 2021 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai enjin carian menggunakan internet.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan penggunaan enjin carian yang dapat digunakan oleh pelajar.Antara enjin carian yang terdapat di dalam komputer ialah enjin carian google,Mozila firefox , Internet Explorer , Yahoo dan lain -lain.Selain itu, petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara mencari gambar dan maklumat - maklumat penting di dalam enjin carian google.
Tarikh :2 Ogos 2021 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Kempen ini adalah koleborasi Shopee dan Malaysian Communications and Multimedia Commission untuk membantu usahawan meningkatkan penjualan di platfrom digital mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
- -Cara Persediaan Kedai
- -Cara Memasarkan Kedai
- -Cara Menggunakan Seller Centre
- -Cara Menghantar Pesanan
- -Cara Menguruskan Kewangan daripada Penjualan Anda
Tarikh :20 Mei 2021 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kepada pelajar cara menggunakan microsoft Power Point.
Aktiviti
Petugas menerangkan semua fungsi yang ada di dalam Microsoft Power Point.Setiap fungsi yang diterangkan akan diterapkan oleh pelajar bagi memudahkan mereka membuat pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint.Dengan adanya aplikasi Microsoft Office PowerPoint ini, ia dapat membantu pelajar membuat pembentangan dengan lebih cantik dan menarik.