Tarikh       :28 Januari  2020

Masa        :2.00 pm - 6.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :2 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan menambahkan kemahiran berkomputer para pelajar.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Office Word. Seterusnya petugas menunjukkan cara untuk memasukkan gambar, carta dan membuat jadual menggunakan Microsoft Office Word. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Word.

 


Tarikh       :21 Januari  2020

Masa        :2.00 pm - 6.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :6 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer kepada pelajar. Pelajar diberikan pendedahan tentang penggunaan google search untuk mencari maklumat yang diperlukan dan aplikasi Adobe Photoshop CS6 untuk mencipta kad ucapan sempena perayaan Tahun Baru Cina. Kelas ini juga dapat meningkatkan rasa hormat-menghormati terhadap perayaan dan adat resam kaum lain.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan google search untuk mencari contoh kad ucapan sempena Tahun Baru Cina. Seterusnya petugas menunjukkan cara menggunakan Adobe Photoshop CS6 untuk mencipta kad ucapan Tahun Baru Cina. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk membuat kad ucapan mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

 


Tarikh       :9 Januari  2020

Masa        :2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :7 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Microsoft OneNote kepada pelajar. Microsoft OneNote adalah aplikasi Office yang berfungsi seperti buku catatan. Di dalam aplikasi ini kita boleh menulis, menggambar, memasukkan objek, menampilkan screenshot, dan berkongsi dengan rakan-rakan melalui internet.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft OneNote. Seterusnya petugas menunjukkan cara membuat buku catatan mengenai diri pelajar yang mempunyai topik seperti hobi dan tempat perlancongan yang pernah dilawati mereka. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk membuat buku catatan mengenai mata pelajaran di sekolah seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

 


Tarikh       :14 Januari  2020

Masa        :2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :17 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menggunakan laman web E-Pembelajaran. Pelajar juga dapat menggunakan website ini untuk mengulangkaji mata pelajaran sains.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web e-learningforkids.org science dan mereka dapat menggunakan laman web ini untuk mengulangkaji modul mata pelajaran sains mengikut grad pelajar tersebut. Sekaligus memberikan pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.

 


Tarikh       :1 Januari  2020

Masa        :2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :2 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan komputer dan juga komponen komputer kepada pelajar. Di samping itu pelajar juga diperkenalkan dengan penggunaan internet.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan penerangan kepada pelajar tentang komputer dan juga komponen komputer. Petugas juga menerangkan tentang perisian dan perkakasan komputer. Kemudian petugas menerangkan tentang kelebihan menggunakan komputer dan juga internet. Petugas juga mengadakan sesi kuiz bersama pelajar bagi menguji pemahaman pelajar.