Tarikh       :5 Mac  2020

Masa        :8.00 am - 12.00 pm

Lokasi      :Pejabat Kesihatan Daerah Pendang

Peserta    :36 Orang

 

Tujuan

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada staff - staff Pejabat Kesihatan Daerah Pendang tentang kempen Keselamatan Dan Kewaspadaan Pengguna Internet.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan mengenai Mobile E- Waste, Maklumat Palsu, Jenayah Siber dan juga Scam Alert. Petugas memberikan penerangan tentang bahayanya menyimpan telefon rosak dan bahayanya menyebarkan maklumat palsu yang tidak tahu kesahihannya. Petugas juga menerangkan tentang jenayah siber yang semakin berleluasa dan juga memberikan pendedahan mengenai scam kepada peserta. Antara aktiviti lain yang dijalankan  ialah Quizizz Online, Whisper Your Wish, Who Wants to Be A Millionare dan juga Kuiz Spontan.

 


Tarikh       :27 Februari  2020

Masa        :2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :2 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Microsoft OneNote kepada pelajar. Microsoft OneNote adalah aplikasi Office yang berfungsi seperti buku catatan. Di dalam aplikasi ini kita boleh menulis, menggambar, memasukkan objek, menampilkan screenshot, dan berkongsi dengan rakan-rakan melalui internet.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft OneNote. Seterusnya petugas menunjukkan cara membuat buku catatan mengenai diri pelajar yang mempunyai topik seperti hobi dan tempat perlancongan yang pernah dilawati mereka. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk membuat buku catatan mengenai mata pelajaran di sekolah seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

 


Tarikh       :11 Februari  2020

Masa        :11.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :14 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menggunakan laman web E-Pembelajaran. Pelajar juga dapat menggunakan website ini untuk bermain sambil belajar dan menguji minda mereka.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web www.jigsawplanet.com dan mereka diberikan tugasan untuk menyiapkan puzzle yang telah diberikan. Laman web ini sekaligus telah memberikan pendedahan kepada pelajar untuk belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.

 


Tarikh       :15 Februari  2020

Masa        :10.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :2 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Microsoft Office Power Point.

 

Aktiviti

  • Petugas menerangkan semua fungsi yang ada di dalam Microsoft Power Point.Setiap fungsi yang diterangkan akan diterapkan oleh pelajar bagi memudahkan mereka menggunakan Microsoft Power Point.Dengan adanya software Microsoft Office Power Point ini, ia dapat membantu pelajar membuat presentation dengan lebih cantik dan menarik.Petugas juga memberi tugasan kepada pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan microsoft Office Power Point.

    Gambar Disini


Tarikh       :3 Februari 2020

Masa        :2.00 pm - 6.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :18 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan memudahkan mereka untuk melakukan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh guru sekolah mereka.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Office Word. Seterusnya petugas menunjukkan cara untuk memasukkan gambar, carta dan membuat jadual menggunakan Microsoft Office Word. Kemudian petugas memberikan latihan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Word.