Tarikh       :24 December  2019

Masa        :10.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :3 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara membuat origami berpandukan kepada aplikasi Youtube. Pelajar juga dapat mempamerkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan origami yang mudah dan ringkas.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Youtube dan mencari video yang sesuai sebagai panduan pelajar untuk menghasilkan origami. Kemudian petugas memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyiapkan origami yang menarik dan ringkas hasil daripada kreativiti mereka sendiri.

 


Tarikh       :21 December  2019

Masa        :9.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :5 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara membangunkan video dengan menggunakan aplikasi Powtoon dan seterusnya memperkenalkan aplikasi ini kepada mereka. Pelajar juga dapat mengasah bakat dan kreativiti mereka dengan membangunkan video mengikut citarasa mereka sendiri.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Powtoon dan cara menggunakan tools di dalam aplikasi tersebut. Seterusnya petugas menunjukkan langkah-langkah untuk membangunkan video. Kemudian petugas memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyiapkan video mereka sendiri dengan menggunakan tools di dalam Powtoon dan mengikut kreativiti masing-masing.

 


Tarikh       :8 December  2019

Masa        :2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :10 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara menggunakan laman web E-Learning. Pelajar juga dapat menggunakan website ini untuk mengulangkaji mata pelajaran matematik.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web e-learningforkids.org math dan sekaligus memberikan pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.

 


Tarikh       :14 December  2019

Masa        :8.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pondok Chegar

Peserta    :100 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan bantuan kepada penduduk kampung yang berupa bantuan keperluan persekolahan untuk memulakan sesi persekolahan 2020 dan bantuan keperluan barangan dapur. Wakil MPKK Gajah Mati juga turut memberikan taklimat bantuan E-Kasih. Petugas Pusat Internet Kluster Pendang pula telah mengadakan kempen kesedaran Klik Dengan Bijak dan Mobile E-Waste. Taklimat tentang Dashboard Komuniti yang merangkumi modul My Komuniti, My Soal, My Shop, My Health dan My Place juga turut diadakan bagi memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada penduduk Kampung Gajah Mati.

 

Aktiviti

  • Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah menyampaikan bantuan barang keperluan persekolahan dan barang dapur oleh Pegawai Penerangan. Pengedaran dan pengisian borang bantuan E-Kasih oleh MPKK Kampung Gajah Mati. Pusat Internet Kluster Pendang turut mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak dan Dashboard Komuniti. Petugas mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak dan Teka Silang Kata bagi memeriahkan lagi program tersebut. Kemudian, petugas telah melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung.

 


Tarikh       :5 December 2019

Masa        :2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :6 Orang

 

Tujuan

  • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara membangunkan video menggunakan aplikasi Windows Live Movie Maker.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Windows Live Movie Maker. Petugas menunjukkan cara menggunakan satu persatu fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Kemudian petugas memberikan tugasan kepada pelajar untuk membangunkan video mengenai profile diri mereka.