Tarikh :12 Oktober 2019 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :17 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kepada pelajar cara menggunakan microsoft Power Point.
Aktiviti
Petugas menerangkan semua fungsi yang ada di dalam Microsoft Power Point.Setiap fungsi yang diterangkan akan diterapkan oleh pelajar bagi memudahkan mereka menggunakan Microsoft PowerPoint.Dengan adanya aplikasi Microsoft Office PowerPoint ini, ia dapat membantu pelajar membuat pembentangan dengan lebih cantik dan menarik.Petugas juga memberikan tugasan kepada pelajar dan tajuk tugasannya ialah pembentangan Personaliti Diri Menggunakan Microsoft Office PowerPoint.
Tarikh :5 Oktober 2019 Masa :8.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :110 Orang |
Tujuan
- Tujuan program ini diadakan adalah untuk melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. Mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung ialah:
1) Pendaftaran keahlian baru
2) Pemeriksaan Kesihatan
3) Ceramah Kesihatan (Kepentingan Imunisasi Kepada Kanak-Kanak)
4) Senamrobik
5) Pertandingan Kolaj Poster kesihatan - Jom Vaksin Biar Sihat!
6) Pertandingan Sandwich Sihat
7) Pertandingan Jigsaw Puzzle Online
8) Kuiz Kesihatan Online Menggunakan Quizizz
9) Download Aplikasi Dashboard Komunitit dan Log Masuk
10) Pameran Kesihatan
11) Cabutan Bertuah
Tarikh :3 Oktober 2019 Masa :2.00 pm - 6.00 pm Lokasi :PI Pekan Bukit Jenun Peserta :17 Orang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan sempena Program Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas komputer dan internet serta petugas ingin memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak dan Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang perkakasan dan perisian komputer kepada pelajar dan modul Klik Dengan Bijak. Selain itu, petugas juga menerangkan modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti. Petugas juga mengadakan Kuiz Advokasi Online menggunakan Kahoot dan Kuiz Teknologi Terkini Online menggunakan Quizizz bagi menguji pemahaman para pelajar. Petugas juga, mengadakan pertandingan artikel terbaik (My Komuniti) yang bertemakan Pusat Internet Di Hatiku dan tag klnik kesihatan dan medicare (My Place).
Tarikh :4 Oktober 2019 Masa :8.00 am - 1.00 pm Lokasi :PI Bukit Sekechong Peserta :120 Orang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan komuniti serta mempromosikan Myhealth untuk komuniti supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet.
Aktiviti
Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan mengambil setiap keputusan pemeriksaan keatas komuniti untuk direkodkan supaya memudahkan komuniti untuk mengetahui keputusan pemeriksaan tersebut dan dapat menjaga tahap kesihatan mereka dengan lebih baik. Selain itu, aktiviti- aktiviti yang menarik seperti Pertandingan Mewarna Ibu/Bapa Dan Anak,Pertandingan Bento Menu Sihat,Pertandingan Musang Berjanggut,Quizizz Kempen Hidup Sihat, Mykomuniti (Pusat Internet Di Hatiku),Myshop Upload produk Kesihatan,Myplace (Tag Pusat Pemeriksaan dan Penjagaan Kesihatan) dan Advokasi Mobile E- Waste dan KDB dijalankan bagi memeriahkan lagi Program tersebut.
Tarikh :28 September 2019 Masa :8.00 am - 1.00 pm Lokasi :PI Bukit Raya Dalam Peserta :120 Orang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan supaya dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas Pusat Internet dengan komuniti serta mempromosikan Myhealth untuk komuniti supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet.
Aktiviti
Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah mengikut kaedah yang telah ditetapkan dan mengambil setiap keputusan pemeriksaan keatas komuniti untuk direkodkan supaya memudahkan komuniti untuk mengetahui keputusan pemeriksaan tersebut dan dapat menjaga tahap kesihatan mereka dengan lebih baik dan membuat aktiviti seperti zumba kanak-kanak,kolaj,teka silang kata ICT, Kahoot,Mewarna Online dan taklimat kesihatan dari Pihak Pejabat Kesihatan Pendang.