Tarikh       :25 Julai 2019

Masa        :10.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Bukit Jenun

Peserta    :2 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan microsoft word.

Aktiviti

Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan microsoft word dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara menyimpan dan memasukkan gambar di dalam word. Selain itu,petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam microsoft word.Petugas juga, menerangkan kepada pelajar cara mencetak dari microsoft word.Ini bagi memudahkan pelajar untuk mencetak apabila beliau ingin mencetak sesuatu kerja.

Gambar Disini


Tarikh       :15 Julai 2019

Masa        :8.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta     :169 Orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti, Keahlian Pusat Internet, Advokasi (Mobile E-Waste dan Portal Sebenarnya.My), Pemeriksaan Kesihatan dan Taklimat Kesihatan.

Aktiviti

Program ini mendapat sambutan hangat dan berlansung dengan jayanya yang disertai seramai 169 orang peserta. Selain itu, promosi keahlian secara percuma dan pemeriksaan kesihatan secara percuma juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Peserta juga, diberi taklimat Advokasi (Mobile E-Waste dan Sebenarnya.my), Dashboard Komuniti yang merangkumi modul MyShop,MyPlace dan MyKomuniti. Peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti Kuiz Kahoot Advokasi,Quizizz Online, Kerusi Muzik kanak-kanak dan dewasa, Pertandingan Video Terbaik bertemakan Teknologi memacu negara, Mewarna Dashboard komuniti membangun bersama teknologi dan Pertandingan Origami Kreatif Melalui Youtube. Agensi - Agensi Kerajaan dan Swasta juga telah menyertai program ini dengan membuat pameran iaitu KWSP,PTPTN,LHDN,NKF.Hayati Optometrist Sdn Bhd,TM dan Ar-Rahnu Yapeim.

Disamping itu, Sekolah yang berdekatan dengan Pusat Internet juga dijemput bagi memeriahkan Hari Besama iaitu Tadika Kemas Bukit Jenun, Sek.Keb.Bukit Jenun, Sek.Keb. Bukit Genting  dan Sek. Men. Keb. Ayer Puteh Dalam.Sekolah yang berdekatan telah menghantar wakil pelajar mereka bagi memeriahkan lagi Hari Bersama Komuniti.Selain itu, Taklimat kesihatan juga telah di berikan oleh wakil pegawai Yayasan Buah Pinggang (NKF) bagi memeriahkan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Pekan Bukit Jenun.

Gambar Disini


Tarikh       :11 Julai  2019

Masa        :4.00 pm - 5.30 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :10 orang

 

Tujuan

Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Portal Sebenarnya.MY dan Mobile E-Waste.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat mengenai Portal Sebenarnya.MY dan menerangkan pentingnya dalam menyebarkan maklumat palsu.Patugas juga,memberitahu fungsi Portal Sebenarnya.MY dan pelajar dapat melihat maklumat palsu ataupun benar melalui portal tersebut.Selain itu, Kempen Mobile E-Waste ini diadakan bagi menerangkan kepada para pelajar tentang keburukan dan bahaya menyimpan telefon rosak dan perlulah dilupuskan.

Gambar Disini


Tarikh       :11 Julai  2019

Masa        :5.30 pm - 6.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :10 orang

 

Tujuan

Tujuan kuiz online ini diadakan adalah untuk memberi pendehan kepada pelajar mengenai permainan sambil belajar.

Aktiviti

Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan kuiz online Kahoot dan sekaligus menyuruh pelajar untuk menjawab soalan - soalan yang disediakan di dalam kuiz online tersebut.

Gambar Disini


Tarikh       :11 Julai  2019

Masa        :2.00 pm - 4.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :10 orang

 

Tujuan

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi galakan kepada pelajar untuk menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada pelajar untuk memuat naik artikel sempena program Hari Bersama Komuniti yang bertemakan Internet Merapatkan Jurang Digital dan masa diberikan kepada pelajar untuk mengarang artikel sebanyak 30minit.Selepas itu, pertandingan MyPlace pula diteruskan dan petugas menerangkan kepada pelajar untuk tag lokasi baru paling banyak. Setiap pemenang akan diberikan hadiah.

 Gambar Disini