Tarikh :2 Jun 2018 Masa :10.00 am - 12.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :5 orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web uptoten dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat berfikir dan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan am mereka.
Tarikh :25 Mei 2019 Masa :5.00 Petang - 10.00 Malam Lokasi :Rumah Anak - Anak Yatim Dan Miskin Al - Munirah Peserta :100 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan untuk mendidik hati pengguna Pusat Internet, petugas dan pihak pengurusan dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Di samping meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan, petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa bersama mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalan di Rumah Anak Yatim ialah :
-MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADAN
-PENYAMPAIAN SUMBANGAN
- MAJLIS TAHLIL
-MAJLIS BERBUKA PUASA
-SOLAT MAGHRIB & ISYAK
-SOLAT TERAWIH
-MOREH
Program ini berjalan dengan lancar dan dapat mengeratkan ukhuwah di kalangan Pusat Internet Kluster Pendang, MSD Digital Intelligence dan komuniti setempat. Semoga ikatan yang terjalan ini berkekalan dan bertambah erat hendaknya.
Tarikh :14 Mei 2019 Masa :10.00 Pg - 12.00 Tgh Hari Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara membangunkan email dan pendaftaran SPA onlie.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara membangunkan email dan cara - cara menggunakan email.Petugas juga, menerangkan kepada pelajar cara mendaftar SPA dan juga menerangkan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam laman web tersebut. Selain itu, petugas juga menerangkan cara untuk memohon pekerjaan di dalam laman web SPA.
Tarikh :18 Mei 2019 Masa :10.00 Pg - 12.00 Tgh Hari Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Tujuan Majlis bacaan yaasin ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan petugas dan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan.
Aktiviti
Majlis ini diadakan bersama Generasi Muda pada bulan Ramadhan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengalami keseronokan membaca al-Quran dengan sesi memahami makna dan berinteraksi dengan al-Quran melalui interaktif digital Youtube. Program ini telah dijayakan dengan kehadiran para pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar. Program yang diadakan ini telah diisi dengan sesi bacaan yaasin bersama-sama melalui interaktif digital Youtube.
Tarikh :7 Mei 2019 Masa :9.00 Pg - 11.00 Pg Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :28 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar tadika mengenai E-Learning iaitu bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web coloring4all dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat memahirkan diri mereka dalam pengunaan komputer dan dapat mengenal warna melalui coloring4all.