Tarikh :17 Januari 2019 Masa :3.00 pm - 6.00 pm Lokasi :Pusat Internet Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan microsoft word.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan microsoft word dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara menyimpan dan memasukkan gambar di dalam word.Selain itu,petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam microsoft word.Petugas juga, menerangkan kepada pelajar cara mencetak dari microsoft word.Ini bagi memudahkan pelajar untuk mencetak apabila beliau ingin mencetak sesuatu kerja.
Tarikh :8 Januari 2019 Masa :3.00 pm - 6.00 pm Lokasi :Pusat Internet Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara penghasilan video.
Aktiviti
Pelajar diajar cara memasukkan dan menggabungkan video ke dalam software movie maker.Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara memasukkan lagu dan teks untuk mencantikkan lagi video peserta.Petugas juga menerangkan fungsi - fungsi yang ada di dalam software movie maker. Pelajar juga diajar cara mencantik video mereka dengan memasukkan animations.Akhir sekali,peserta diajar cara menyimpan video mereka di dalam .mp4.
Tarikh :22 Disember 2018 Masa :8.00 am - 12.30 pm Lokasi :Pusat Internet Bukit Sekechong Peserta :60 orang |
Tujuan
Tujuan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat.Disamping itu, program ini diadakan untuk mengeratkan kerjasama antara PI dengan komuniti Kampung,Agensi,Ahli-ahli Pi dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat.Dengan adanya program ini ia sekaligus dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitran bersih.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Masakan Sihat,Kuiz Online Sihat,Pemeriksaan Kesihatan (Myhealth),Hebahan Kesihatan (MyKomuniti),Produk Kesihatan(Myshop),Tag tempat-tempat Menarik(Myplace) dan Cabutan Bertuah.Program ini berlansung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai.
Tarikh :3 Januari 2019 Masa :3.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Bukit Jenun Peserta :4 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web abcya dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat memahirkan diri mereka dalam kemahiran berbahasa inggeris.
Tarikh :21 Disember 2018 Masa :8.00 am - 12.30 pm Lokasi :Pusat Internet Paya Mengkuang Peserta :70 Orang |
Tujuan
Tujuan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat.Disamping itu, program ini diadakan untuk mengeratkan kerjasama antara PI dengan komuniti Kampung,Agensi,Ahli-ahli Pi dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat.Dengan adanya program ini ia sekaligus dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitran bersih.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Mewana (Tema Jom sihat),Pertandingan Masakan Sihat,Kuiz Online Sihat,Memakan Buah Epal Pantas,Pemeriksaan Kesihatan (Myhealth),Pemeriksaan Gigi,Mari menggosok Gigi,Hebahan Kesihatan (MyKomuniti),Produk Kesihatan(Myshop),Tag tempat-tempat Menarik(Myplace) dan Cabutan Bertuah.Program Jom Sihat berlansung dengan jayanya dan mendapat sambutan daripada orang ramai.