Tarikh : 1 Oktober 2018 Masa :3.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :3 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara mengunakan laman web typingtrainer.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web typingtrainer dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat memahirkan diri mereka dalam menaip.Laman web ini dapat membantu para pelajar melatih untuk menggunakan keyboard dengan pantas.
Tarikh :22 & 23 September 2018 Masa :9.00 am - 5.00 pm Lokasi :Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar Peserta :200 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Advokasi (Klik Dengan Bijak, Buli Cyber dan Portal Sebenarnya.my) kepada pengunjung.
Aktiviti
Program ini mendapat sambutan hangat dan berlansung dengan jayanya yang disertai oleh 200 orang pengunjung. Taklimat Advokasi (Klik Dengan Bijak, Buli Cyber, Sebenarnya.my) telah di sampaikan kepada peserta bagi memberikan kesedaran dan mempromosikan langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan internet, berkongsi tip-tip pencegahan daripada terkenanya buli cyber dan memperkenalkan portal sebenarnya.my yang dapat digunakan sebagai medium rujukan kesahihan sesuatu berita yang telah ditularkan. Untuk memeriahkan lagi program ini kuiz online kahoot yang merangkumi modul Klik Dengan Bijak, Buli Cyber dan Sebenarnya.my telah diadakan bagi menguji pemahaman pengunjung golongan dewasa dan kuiz teka silang kata juga dijalankan kepada pelajar sekolah.
|
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti, Keahlian Pusat Internet, Advokasi (KDB, Mobile E-Waste, Sebenarnya.My), Pemeriksaan Kesihatan dan Bengkel Business Online.
Aktiviti
Program ini mendapat sambutan hangat dan berlansung dengan jayanya yang disertai seramai 120 orang peserta. Selain itu, promosi keahlian secara percuma dan pemeriksaan kesihatan secara percuma juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Peserta juga, diberi taklimat Advokasi (KDB, Mobile E-Waste, Sebenarnya.my), Dashboard Komuniti yang merangkumi modul My Shop dan Bengkel Business Online. Peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti Kuiz Kahoot Advokasi, Kuiz Dashboard Komuniti, Jigsaw Puzzle, Kerusi Muzik, Pertandingan Ratu/Raja Cilik dan Kraftangan Hari Malaysia. Agensi - Agensi Kerajaan dan Swasta juga telah menyertai program ini dengan membuat pameran iaitu AADK, Pejabat Kesihatan Pendang dan juga Syarikat Environment Idaman Sdn.Bhd.
Tarikh :17 September 2018 Masa :10.00 am - 12.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Microsoft Office Power Point.
Aktiviti
Petugas menerangkan semua fungsi yang ada di dalam Microsoft Power Point.Setiap fungsi yang diterangkan akan diterapkan oleh pelajar bagi memudahkan mereka menggunakan Microsoft Power Point.Dengan adanya software Microsoft Office Power Point ini, ia dapat membantu pelajar membuat presentation dengan lebih cantik dan menarik.
Tarikh :10 September 2018 Masa :10.00 am - 12.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara mengunakan laman web jigsawplanet.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web jigsawplanet dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.