Tarikh       :10 Disember  2018

Masa        :10.00 am - 12.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :5 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas  ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara mengedit gambar menggunakan paint.

Aktiviti

Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan paint dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara menyimpan dan memasukkan gambar di dalam paint.Selain itu,petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam paint.

Gambar Disini


Tarikh       :3 Disember  2018

Masa        :10.00 am - 12.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :2 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.

Aktiviti

Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web uptoten dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat berfikir dan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan am mereka.

Gambar Disini


Tarikh       :17 November 2018

Masa        :9.00 am - 12.00 pm

Lokasi      :Taman Sri Puteh, Pendang

Peserta    :30 orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Klik Dengan Bijak  dan Dashboard Komuniti kepada komuniti Taman Sri Puteh.

Aktiviti

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai KDB dan Dashboard Komuniti kepada komuniti Pendang.Tujuan KDB ini diperkenalkan untuk memberi kesedaran dalam menggunakan internet yang semakin berleluasa dan memberi kesedaran kepada komuniti tentang langkah-langkah keselamatan di internet kerana jenayah siber yang melibatkan golongan anak-anak yang  semakin berleluasa sekarang.Selain itu, Dashboard Komuniti juga diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai aplikasi dahboard yang mempunyai modul - modul MyKomuniti.MySoal,MyShop,MyHleath dan juga MyPlace.Antara aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi program tersebut ialah  teka silang kata ICT,teka silang kata Klik Dengan Bijak dan pemeriksaan Tekanan Darah dan Bacaan Paras Gula (MyHealth).

Gambar Disini


Tarikh       :24 November 2018

Masa        :3.00 am - 4.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta    :2orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Mobile E-Waste.

Aktiviti

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahayanya menyimpan telefon yang telah rosak dan cara-cara untuk melupuskannya.  

Gambar Disini


Tarikh       :11 November 2018

Masa        :9.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Sek. Keb. Sungai Tiang

Peserta    :170 orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Klik Dengan Bijak kepada pelajar sekolah rendah.

Aktiviti

Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai KDB kepada pelajar Sek. Ren.Sungai Tiang.Tujuan KDB ini diperkenalkan untuk memberi kesedaran dalam menggunakan internet yang semakin berleluasa dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang langkah-langkah keselamatan di internet kerana jenayah siber yang melibatkan golongan pelajar semakin berleluasa sekarang.Antara aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi program tersebut ialah  teka silang kata ICT,teka silang kata Klik Dengan Bijak,mewarna dan dam ular KDB.

Gambar Disini