Tarikh       :7 April 2019

Masa         :10.00 Pg - 1.00 Ptg

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta     :Seorang

 

 

Tujuan

Membantu waris dan menerangkan cara mengisi sistem pendaftaran dalam talian untuk kemasukan ke tahun 1.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan web browser google chrome terlebih dahulu dan kemudian petugas membantu waris untuk membuka laman web pendaftaran kemasukan darjah 1. Selepas itu waris ditunjukkan cara untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan.

Gambar Disini


Tarikh       :30 Mac 2019

Masa        :10.00 am - 1.00 pm

Lokasi      :Pusat Internet Bukit Jenun

Peserta    :10 Orang

Tujuan

Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.

Aktiviti

Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web sheppardsoftware dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat memahirkan diri mereka dalam pengunaan bahasa inggeris.

Gambar Disini


Tarikh       :17 Mac 2019

Masa         :9.00 Pg - 1.00 Ptg

Lokasi      :HANTURBO SPIRIT, No 1, Taman Harmoni,                     Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah

Peserta     :200 Orang

 

 

Tujuan

Karnival ini diadakan adalah untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU) untuk mengambil peluang mengikuti program latihan kemahiran dalam bidang tertentu bagi menjana pendapatan.Pendapatan bukan sahaja datang daripada hasil bekerja makan gaji tetapi juga boleh melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

Aktiviti

YB Dato’ Mahfuz Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia Merasmikan Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa (OKU) Peringkat Negeri Kedah 2019 yang bertempat  di Hanturbo Spirit, Taman Harmoni, Pekan Tanah Merah, Pendang Kedah.

Pengisian Program :
1. Temuduga Terbuka Khas
2. Pameran Agensi
3. Jualan Produk OKU

Booth Pusat Internet Kluster Pendang telah mengadakan aktiviti bagi mempromosikan PI, dashboard komuniti dan mengadakan aktiviti yang mempromosikan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pengunjung. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah dan glukosa secara percuma, kuiz ICT dan Kuiz KDB.

Gambar Disini


Tarikh       :24 Mac 2019

Masa         :9.00 Pg - 2.00 Ptg

Lokasi      :Perpustakaan Desa Bukit Mak Inson

Peserta     :100 Orang

 

 

Tujuan

Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Perpustakaan Desa dan juga Pusat Internet kepada komuniti setempat.Di samping itu, program ini diadakan bagi memupuk semangat membaca kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalan oleh Perpustakaan Desa ialah  Mewarna, Roda Ilmu, Library Hunt,Kraftangan Bahan Terbuang dan Cabutan Bertuah.Selain itu, terdapat juga beberapa agensi yang terlibat seperti :

1)LPPKN - Pemeriksaan Pep Smear / Memogram / HPV

2)TABUNG HAJI - Daftar Haji / Kemaskini Akuan / Buka Akaun RM10 dan Menyimpan Duit di Dalam Akaun

3)PUSAT SAINS NEGARA - Pameran dan aktiviti yang berkaitan dengan sains

4)PEJABAT PENERANGAN - Pameran mengengai Jabatan Penerangan

5)AR- RAHNU - Cuci Emas secara percuma/Daftar Akikah dan Korban

6)PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH - Pertunjukkan Boneka 

Manakala booth Pusat Internet Kluster Pendang telah mengadakan aktiviti bagi mempromosikan PI, dashboard komuniti dan mengadakan aktiviti yang mempromosikan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pengunjung. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah dan glukosa secara percuma, kuiz ICT dan Kuiz KDB.

Gambar Disini


Tarikh       :10 Mac 2019

Masa         :10.00 Pg - 1.00 Ptg

Lokasi      :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun

Peserta     :Seorang

 

 

Tujuan

Membantu membangunkan email  kepada waris dan menerangkan cara mengisi sistem pendaftaran dalam talian untuk kemasukan ke tahun 1.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan web browser google chrome terlebih dahulu dan kemudian menunjukkan cara membangunkan email.Selepas itu, petugas membantu waris untuk membuka laman web pendaftaran kemasukan darjah 1. Selepas itu waris ditunjukkan cara untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan.

Gambar Disini