Tarikh :8 Julai 2019 Masa :3.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :10 orang |
Tujuan
Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada AJK PI Pekan Bukit Jenun mengenai Program Hari Bersama Komuniti yang akan berlansung.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan di jalankan pada Hari Bersama Komuniti dan sekaligus mengagihkan tugas kepada AJK untuk mengawal selia pada hari tersebut.Selain itu, perbincangan mengenai peralatan khemah, kerusi dan meja juga dibincangkan bagi melancarkan program pada hari tersebut.Petugas juga meminta pihak polis untuk membuat kawalan jalan raya bagi memudahkan dan melancarkan jalan raya pada hari tersebut.
Tarikh :4 Julai 2019 Masa :2.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :10 orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web funbrain dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat memahirkan diri mereka dalam pengiraan.
Tarikh :20 Jun 2019 Masa :3.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Bukit Jenun Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan paint.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan paint dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara menyimpan dan memasukkan gambar di dalam paint.Selain itu,petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam paint dan menerangkan kepada pelajar cara design menggunakan paint.
Tarikh :27 Jun 2018 Masa :2.00 pm - 4.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :5 orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web sheppardsoftware dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat berfikir dan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan am mereka.
Tarikh :11 Jun 2019 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan microsoft word.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan microsoft word dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara menyimpan dan memasukkan gambar di dalam word.Selain itu,petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam microsoft word.Petugas juga, menerangkan kepada pelajar cara mencetak dari microsoft word.Ini bagi memudahkan pelajar untuk mencetak apabila beliau ingin mencetak sesuatu kerja.