Tarikh :3 November 2019 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :Seorang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
- Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Word dan memberikan pendedahan kepada pelajar cara untuk memasukkan gambar dan text di dalam Word. Petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam microsoft word. Petugas juga menunjukkan cara untuk menyimpan dokumen yang telah siap dan memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyiapkan surat rasmi.
Tarikh :26 Oktober 2019 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :12 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Publisher.
Aktiviti
- Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft Publisher dan memberikan pendedahan kepada pelajar cara untuk memasukkan gambar dan text di dalam Publisher. Petugas juga menerangkan satu persatu fungsi -fungsi yang terdapat di dalam microsoft publisher. Petugas juga menunjukkan cara untuk menyimpan dokumen yang telah siap dan memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyiapkan kad ucapan Selamat Hari Jadi dan membuat jadual harian mereka sendiri.
Tarikh :20 Oktober 2019 Masa :11.00 am - 1.00 pm Lokasi :SMK Pendang Peserta :120 Orang |
Tujuan
- Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kepada pelajar mengenai Keselamatan Kanak- Kanak Sempena Program Sahabat Bijak "Safe and Protect "
Aktiviti
Kempen ini diadakan untuk mencegah , mengelak dan membanteras para pelajar daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah yang berupa pengabaian dan eksplotasi dari aspek fizikal,seksual dan emosi.Selain itu, Petugas juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Online Gromming yang merupakan pembentukan/didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya seseorang kanak-kanak itu mendengar kata-kata/suruhan pemangsa.Dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.
Tarikh :21 Oktober 2019 Masa :2.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :20 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web supercoloring.com dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, petugas juga mengadakan pertandingan mewarna kolam sempena Deepavali.
Tarikh :19 Oktober 2019 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :20 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kepada pelajar cara menggunakan paint.
Aktiviti
Petugas menerangkan semua fungsi yang ada di dalam paint.Setiap fungsi yang diterangkan akan diterapkan oleh pelajar bagi memudahkan mereka menggunakan paint.Dengan adanya aplikasi paint ini, ia dapat membantu pelajar membina pelbagai jenis bentuk dan melukis sendiri bentuk yang mereka inginkan. Petugas telah memberi tugasan kepada pelajar untuk membina Kad Sempena Hari Deepavali.