Tarikh :26 November 2019 Masa :2.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :13 Orang |
Tujuan
- Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedah kepada pelajar tentang penggunaan laman web yang berfaedah disamping mereka dapat melayari internet sambil bermain permainan yang menguji minda mereka.
Aktiviti
- Petugas menunjukkan cara kepada pelajar untuk melayari laman web permainan pendidikan www.jigsawplanet.com. Pelajar diberi latihan oleh petugas untuk menyiapkan jigsaw puzzle dan kemudian petugas mengadakan pertandingan jigsaw puzzle online bagi menguji minda pelajar.
Tarikh :23 November 2019 Masa :8.00 am - 1.00 pm Lokasi :Klinik Kesihatan Kubur Panjang Peserta :100 Orang |
Tujuan
- Tujuan karnival kesihatan ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan dan bersukan. Karnival ini juga diadakan bagi memberikan kesedaran kepada komuniti setempat tentang penyakit diabetes dan langkah-langkah pencegahan.
Aktiviti
- Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40, booth interaktif Persatuan Diabetes dan sebagainya. Pusat Internet Kluster Pendang telah mengambil inisiatif untuk turut sama membantu masyarakat dalam penjagaan kesihatan melalui " Explorace Sihat" iaitu aktiviti mencari bahan-bahan untuk penyediaan menu sihat seperti sandwich. Disamping itu Pusat Internet Kluster Pendang turut mempromosikan kewujudan, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam memastikan masyarakat sekeliling tidak ketinggalan dalam ilmu ICT. Selain itu, Pusat Internet juga telah mempromosikan advokasi Klik Dengan Bijak dan juga Dashboard Komuniti.
Tarikh :12 November 2019 Masa :2.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :15 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara membangunkan video menggunakan aplikasi Windows Live Movie Maker.
Aktiviti
- Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan aplikasi Windows Live Movie Maker. Petugas menunjukkan cara menggunakan satu persatu fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Kemudian petugas memberikan tugasan kepada pelajar untuk membangunkan video mengenai profile diri mereka.
Tarikh :19 November 2019 Masa :2.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :10 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan latihan menaip kepada pelajar supaya mereka lebih pantas menaip dan memberikan pengenalan penggunaan fungsi menu bullets di dalam Microsoft Office word.
Aktiviti
- Petugas memberikan teks kepada pelajar untuk menaip di dalam Microsoft Office Word. Petugas juga menunjukkan cara menggunakan fungsi bullets di dalam Microsoft Office Word dan kemudian petugas memberikan tugasan kepada pelajar untuk menaip teks yang menggunakan fungsi bullets.
Tarikh :6 November 2019 Masa :10.00 am - 1.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta : 13 Orang |
Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan laman web E-Learning.
Aktiviti
- Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web jigsawplanet dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.