Tarikh : 4 Mac 2019 Masa : 10.00 am - 1.00 pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta : Seorang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan Microsoft Office Word 2010 dan memahirkan diri dengan aplikasi ini.
Aktiviti
Petugas telah memberikan tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Office Word 2010 dan menerangkan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word 2010. Setelah peserta memahami apa yang telah diterangkan oleh petugas, beliau menjalankan tugasnya untuk menyelesai surat jemputan tersebut.
Tarikh : 28 Feb 2019 Masa : 2.00 pm - 6.00 pm Lokasi : Pusat Internet Paya Mengkuang Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Tujuan Program ini diadakan untuk memberi maklumat berkaitan media sosial untuk diberi pendedahan kepada komuniti bagi program yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengurus dan penolong pengurus kluster Pendang telah diberikan persediaan latihan dan aktiviti berkenaan mesej-mesej advokasi MCMC yang berfokus kepada penggunaan internet secara positif sebelum disampaikan kepada komuniti setempat di kawasan masing-masing.
Kursus ini diadakan untuk memberi maklumat berkaitan media sosial untuk diberi pendedahan kepada komuniti bagi program akan dijalankan pada masa akan datang.Latihan yang sedang dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat ini bertujuan bagi memastikan kandungan advokasi MCMC yang telah dikemaskini mahupun baharu, disampaikan secara intensif kepada para pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet di seluruh negara dalam mewujudkan suasana internet yang selamat di kalangan pengguna.
Tarikh : 23 Feb 2019 Masa : 2.00 pm - 5.00 pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pengguna untuk mengenali windows, aplikasi di dalam komputer dan perkakasan komputer.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan mengenai windows dan aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Selaian itu, petugas juga menerangkan fungsi - fungsi setiap aplikasi yang terdapat di dalam komputer, perkakasan komputer serta manfaat menggunakan komputer.
Tarikh : 23 Feb 2019 Masa : 9.00 am - 1.00 pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Korok Peserta : 53 Orang |
Tujuan
Tujuan program jom sihat bersama Pusat Internet (PI) Sg.Korok adalah bagi menjadikan pusat internet sebagai sebuat pusat komuniti sihat dimana komuniti-kamoniti boleh mendapatkan pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah secara percuma di Pusat Internet. Program ini juga mendapat kerjasama dengan Klinik Pergigian pendang. Selain itu juga, program ini juga bagi merapatkan jurang komuniti dan pusat internet dan bagi mewujudkan komuniti mesra ICT.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan (tekanan darah & gula dalam darah),senamrobik bersama komuniti setempat dan aktiviti berus gigi beramai-ramai dengan cara yang betul bersama kanak-kanak oleh staff Klinik Pergigian Pendang serta aktiviti mewarna poster Jom sihat dan muat turun aplikasi dashboard.Selain itu,Taklimat modul Myplace, Mykomuniti dan Myshop kepada komuniti yang hadir serta Cabutan bertuah turut diadakan.Pertandingan makanan sihat (sandwich) dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.
Tarikh :22 Feb 2019 Masa : 2.00 pm - 5.00 pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada komuniti cara menggunakan PLUSMiles online.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan cara menggunakan laman web PLUSMiles serta fungsi - fungsi yang terdapat di dalam laman web PLUSMiles.Petugas juga turut membantu pengguna untuk mencetak resit yang digunakan untuk membuat tuntutan.