Tarikh :21 Oktober 2018 Masa :2.00 pm - 6.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :3 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara melayari laman web dashboard (http://dashboard.pi1m.my).Petugas juga menerangkan kepada pelajar modul - modul yang terdapat di dalam dashboard dan fungsi tiap - tiap modul tersebut.Di samping itu,petugas menerangkan fungsi myskool yang dapat membantu pelajar dan memudahkan pelajar untuk mengetahui info-info yang terkini mengenai sekolah mereka.
|
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti, Keahlian Pusat Internet, Advokasi (KDB, Mobile E-Waste, Sebenarnya.My), Pemeriksaan Kesihatan dan Bengkel Business Online.
Aktiviti
Program ini mendapat sambutan hangat dan berlansung dengan jayanya yang disertai seramai 150 orang peserta. Selain itu, promosi keahlian secara percuma dan pemeriksaan kesihatan secara percuma juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Peserta juga, diberi taklimat Advokasi (KDB, Mobile E-Waste, Sebenarnya.my), Dashboard Komuniti yang merangkumi modul My Shop dan Bengkel Business Online. Untuk memeriahkan lagi program aktiviti seperti Kuiz KDB dan sukaneka telah dijalankan dengan jayanya.
Tarikh :8 Oktober 2018 Masa :9.00 am - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pondok Chegar Peserta :30 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturrahim diantara pekerja PI dan Komuniti setempat.
Aktiviti
Program kacau bubur assyura ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama pekerja PI dan komuniti setempat sempena Bulan Muharram. Disamping itu, sempena dengan majlis itu kluster pendang juga turut mengadakan majlis tahlil untuk arwah suami pekerja Pusat Internet.
Tarikh :13 Oktober 2018 Masa :7.30 am - 12.30 pm Lokasi :Mini Stadium Pendang Peserta :300 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan KDB dan Sebenarnya.my kepada komuniti sempena Hari Sukan Negara.
Aktiviti
Program ini telah berlansung dengan jayanya. Antara aktiviti yang telah dijalankan di booth PI ialah Teka Silang Kata ICT, Klik Dengan Bijak dan Info Sukan, Maze Puzzle, Kuiz Klik Dengan Bijak,Kesihatan dan Sukan. Selain itu, aktiviti sukan seperti Senamrobik, Fun Walk, Fun Ride, Fun Sharp Shooter dan Teakwando juga telah diadakan.
Tarikh :6 Oktober 2018 Masa :3.00 pm - 5.00 pm Lokasi :Pusat Internet Pekan Bukit Jenun Peserta :2 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas E- Learning ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain sambil belajar.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan laman web abcya dan sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar cara belajar sambil bermain menggunakan laman web yang berfaedah.Disamping itu, pelajar juga dapat memahirkan diri mereka dalam kemahiran berbahasa inggeris.